Selasa, 27 Mei 2014

Utusan Online - Mahkamah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Kematian Beng Hock tiada unsur jenayah

Posted: 27 May 2014 12:26 PM PDT

PUTRAJAYA 27 Mei - Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, kematian setiausaha politik Exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock tidak wajar dikaitkan dengan kes bunuh kerana keterangan saksi-saksi tidak menjurus kepada unsur jenayah.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd. Abbas berhujah, kematian mendiang bukan akibat dibunuh atau bunuh diri kerana keterangan saksi-saksi pakar tidak menyokong wujudnya unsur sedemikian.

Beliau turut menghujahkan, tiada sebarang keterangan bahawa kematiannya diakibatkan oleh pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pihak-pihak lain.

Hujah pendakwa raya, berdasarkan siasatan tiada bukti menunjukkan Beng Hock dibunuh, wujud tekanan atau ugutan yang membawa kepada kematiannya atau sebarang tanda pergelutan mahupun senjata ditemui di tempat kejadian.

Menurut Mohamad Abazafree, keterangan saksi-saksi juga menunjukkan tiada luka mempertahankan diri ditemui pada mendiang yang boleh mengaitkannya dengan kehadiran pihak ketiga.

Beliau berhujah agar rayuan itu ditolak kerana tiada kepastian apakah yang menyebabkan mendiang jatuh ke atas koridor tingkat 5 Plaza Masalam yang membawa kepada kematiannya.

Sehubungan itu, pendakwa raya menghujahkan, Mahkamah Tinggi betul sewaktu menolak untuk mengubah keputusan terbuka yang dicapai oleh Mahkamah Koroner selepas berpuas hati bahawa tidak cukup bukti untuk mengaitkan kematiannya dengan kes bunuh atau bunuh diri.

Mahkamah sedang mendengar rayuan dikemukakan oleh Teoh Meng Kee terhadap keputusan Mahkamah Koroner pada 5 Januari 2010 yang membuat keputusan terbuka bahawa kematian Beng Hock bukan akibat bunuh diri atau dibunuh dan juga mendapati tiada penglibatan pihak ketiga dalam kematian itu.

Meng Kee merupakan abang Beng Hock, 30, yang ditemui dalam keadaan terbaring berlumuran darah di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, tempat terletaknya Ibu Pejabat SPRM Selangor sebelum ini, pada pagi 16 Julai, 2009.

Semalam, peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Meng Kee berhujah agar Mahkamah Rayuan mengubah keputusan terbuka berhubung punca kematian pembantu politik DAP itu dan menggantikannya dengan kes bunuh.

Meng Kee merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 1 Disember 2011 yang menolak permohonan semakannya terhadap keputusan Mahkamah Koroner pada 5 Januari 2010.

Sementara itu, pada 21 Julai 2011, Suruhanjaya Siasatan Diraja yang diketuai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen (kini bersara), memutuskan bahawa kematian Beng Hock adalah akibat bunuh diri.

Rayuan yang didengar di hadapan panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof yang bersidang bersama Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Dr. Hamid Sultan Abu Backer bersambung esok.

Didenda RM1,200 pukul teman wanita

Posted: 27 May 2014 12:26 PM PDT

KUALA LUMPUR 27 Mei - Berang dengan kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS) antara kekasihnya dengan rakan-rakan wanita itu, seorang pekerja kedai bertindak menumbuk dan menampar teman wanitanya itu di dalam kereta Khamis lalu.

Bukan itu sahaja, lelaki terbabit yang juga bapa kepada seorang anak berusia dua tahun turut membaling telefon bimbit tersebut ke kepala teman wanitanya serta mengugut mangsa dengan kata-kata kasar.

Namun hari ini, Johan Irwan Azri, 23, tanpa segan silu menangis di Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah atas tuduhan mencederakan teman wanitanya yang juga seorang pelajar berusia 19 tahun.

Tertuduh didakwa mencederakan mangsa dengan menumbuk, menampar dan memukul muka, leher dan kepala serta turut mengakibatkan mata kiri mangsa cedera kira-kira pukul 8.20 pagi, 22 Mei lalu di Kampung Batu Muda, Sentul dekat sini.

Dakwaan terhadapnya yang tidak diwakili peguam bela, dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Ketika rayuan sebelum hukuman dijatuhkan, Johan Irwan yang menitiskan air mata memohon agar hukuman ke atasnya dikurangkan memandangkan dia amat menyesali perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulanginya.

Tertuduh juga memaklumkan dia kini tinggal bersama-sama ibunya dan hanya bekerja di sebuah kedai dengan gaji bulanan RM1,000.

Ketika ditanya oleh Majistret Nurul 'Ain Abdul Rahim punca perceraiannya dengan bekas isteri, tertuduh mengatakan dia menceraikan isterinya kerana ada teman wanita baharu.

"Belum kahwin dah pukul, nanti dah kahwin macam-macam lagi," tegas majistret tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya, Joy Jothi Nadharajah bagaimanapun memohon agar satu hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh sebagai pengajaran.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,200 atau penjara tiga bulan terhadap tertuduh.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved