Rabu, 14 Mei 2014

Utusan Online - Mahkamah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Pegawai imigresen dituduh terima rasuah

Posted: 14 May 2014 06:45 PM PDT

KOTA KINABALU 15 Mei - Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini atas enam tuduhan rasuah termasuk tiga pertuduhan pilihan melibatkan wang RM12,371 tahun lalu.

Hakim Ishak Bakri membenarkah tertuduh, Ag. Ku Mohd. Shaifful Ampuan Ag. Damit diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu pengurusan kes pada 16 Jun ini. - UTUSAN ONLINE

2 pekerja Tabung Haji dipenjara

Posted: 14 May 2014 12:14 PM PDT

pengarang@utusan.com.my">

KUALA LUMPUR 14 Mei - Dua kakitangan Lembaga Tabung Haji (TH) masing-masing dipenjara empat dan tiga tahun serta didenda antara RM40,000 dan RM60,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menerima rasuah untuk membantu melangkaui giliran mengerjakan ibadah haji atau Haji Ekspres dan mengubah suai kandungan pangkalan data sistem haji, empat tahun lalu.

Hakim Mat Ghani Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap kerani, Roslan Mohamed Som, 51, dan juruanalisis kanan, Afizul Md. Yasin, 38, selepas mendapati pembelaan kedua-dua tertuduh yang digantung tugas itu gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan mereka berdua untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda tersebut sehingga rayuan selesai di Mahkamah Tinggi, dengan syarat jaminan setiap tertuduh ditambah daripada RM20,000 kepada RM30,000 berserta seorang penjamin.

Roslan yang bekerja di bahagian Penyelidikan dan Pembangunan TH didapati bersalah atas pertuduhan menerima suapan wang RM6,750 daripada Samsudin Ibrahim sebagai upah menolong melayakkan jemaah haji yang tidak layak menunaikan haji pada 2010 supaya dapat menunaikan ibadat itu pada tahun tersebut.

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara pukul 3.30 petang dan 4 petang, 15 Julai 2010 di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Bagi kesalahan itu, Roslan dihukum penjara empat tahun dan denda RM40,000 atau penjara 16 bulan jika gagal membayar denda.

Sementara, Afizul didakwa menggunakan komputer yang didaftarkan dengan model Elite Book 6930p membuat capaian ke pangkalan data TH dan memasukkan rekod jemaah haji dengan menggunakan program khas Win SQL tanpa kuasa.

Perbuatan itu didakwa dilakukannya sedangkan dia mengetahui bahawa ia akan menyebabkan pengubahsuaian kandungan pangkalan data sistem haji untuk syarikat itu.

Afizul didakwa melakukan perbuatan itu pada tiga waktu berbeza iaitu antara pukul 11 malam dan 11.30 malam, 10 Jun 2010; antara pukul 2 petang dan 3.12 petang, 12 Julai 2010; serta antara pukul 10.55 pagi dan 11.20 pagi, 14 Julai 2010.

Ketiga-tiga pertuduhan itu didakwa dilakukan oleh Afizul di tingkat 13, Jabatan Teknologi Maklumat Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji, di sini.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(4) akta sama.

Bagi kesalahan berkenaan, dia dihukum penjara tiga tahun dan denda RM20,000 bagi setiap pertuduhan atau penjara lagi 24 bulan jika gagal membayar kesemua denda yang berjumlah RM60,000.

Terdahulu, peguam, Imam Abu Sa'id Nahrawi yang mewakili Roslan memohon hukuman ringan atas alasan tertuduh adalah penanggung utama keluarganya yang terdiri daripada seorang isteri dan empat anak selain tertuduh mengalami masalah kesihatan dan perlu mendapatkan rawatan di hospital.

Peguam Rusli Zin yang mewakili Afizul pula memohon hukuman ringan memandangkan anak guamnya telah insaf dan perlu menanggung seorang isteri dan enam anak yang masih bersekolah.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Sophian Zakaria daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan, alasan kedua-dua tertuduh untuk mendapat hukuman ringan hanya bersifat peribadi sedangkan mahkamah perlu melihat kes ini sebagai serius.

Tertuduh-tertuduh merupakan kakitangan TH yang melanggar undang-undang, sekali gus mencemar nama TH dan menyebabkan ramai orang awam yang sepatutnya layak mengerjakan haji dinafikan hak mereka pada tahun tersebut.

Berdasarkan keterangan saksi, perbuatan itu dilakukan lebih dari sekali dan melibatkan ramai jemaah haji, justeru mahkamah wajar memberikan hukuman yang tegas," kata beliau.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved