Jumaat, 9 Mei 2014

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Thailand kembali tegang

Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT

BANGKOK 9 Mei - Lebih 10,000 penunjuk perasaan anti-kerajaan kembali membanjiri jalan raya di ibu negara ini, hari ini dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan sementara yang dibentuk selepas Mahkamah Perlembagaan menyingkirkan Yingluck Shinawatra sebagai Perdana Menteri, kelmarin.

Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan meriam air ke arah beratus-ratus penunjuk perasaan selepas mereka cuba memasuki perkarangan bangunan kerajaan, sekali gus membayangkan keputusan mahkamah masih tidak dapat meredakan ketegangan di Thailand.

Sebanyak lima orang dilaporkan cedera di Pusat Pentadbiran bagi Keamanan dan Perintah, pusat pemerintah keselamatan kerajaan selepas mereka cuba menurunkan pagar kawat berduri konkrit di luar bangunan tersebut.

Pemimpin penunjuk perasaan antikerajaan, Suthep Thaugsuban kemudian memberi amaran bahawa mereka akan bertindak balas sekiranya tuntutan mereka supaya kerajaan sementara berundur dalam masa tiga hari tidak ditunaikan.

Berlaku kesesakan lalu lintas di Bangkok ekoran tindakan penunjuk perasaan mara ke bangunan-bangunan kerajaan, pejabat Perdana Menteri dan mengelilingi beberapa stesen televisyen di Bangkok.

Mereka turut meminta pihak stesen televisyen supaya berhenti menyiarkan berita tentang kerajaan dan hanya menyiarkan pengumuman-pengumuman oleh penunjuk perasaan.

Kami tidak akan menjejaskan program-program secara harian, namun bila masa kami perlu bercakap kepada rakyat di seluruh negara, kami mahu anda siarkannya secara langsung,'' kata Suthep.

Parti yang diwakili Yingluck, Parti Puea Thai masih menerajui kerajaan sementara dan berharap mereka akan dapat mengadakan pilihan raya umum pada 20 Julai ini, yang dijangka dimenangi oleh parti itu.

Bagaimanapun, penunjuk perasaan mahu kerajaan sementara berundur dengan pilihan raya itu ditangguhkan, manakala pembaharuan dilakukan bagi mengakhiri pengaruh abang Yingluck yang juga bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.

Kami akan membersihkan rejim Thaksin keluar dari negara ini," kata Suthep, bekas Timbalan Perdana Menteri semasa kerajaan yang ditadbir oleh Parti Demokrat.

Sementara itu, portal Bangkok Post melaporkan Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan sementara Thailand pada Rabu ini bagi membincangkan rancangan untuk mengadakan pilihan raya pada 20 Julai ini. - AGENSI/REUTERS

9 lagi mati akibat MERS-CoV

Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT

JEDDAH 9 Mei - Seramai sembilan orang meninggal dunia, manakala 32 orang lagi disahkan menghidap Sindrom Pernafasan Asia Barat- Virus Korona (MERS-CoV) dalam tempoh 24 jam lalu, sekali gus meningkatkan jumlah kematian akibat penyakit itu kepada 126 orang sejak virus itu dikesan pada September 2012.

Menurut laman web arabnews.com, lima orang lelaki merupakan antara mangsa terbaharu jangkitan virus tersebut, manakala mangsa termuda merupakan seorang wanita berusia 45 tahun yang meninggal dunia di Riyadh.

Sebanyak 20 orang penghidap virus itu merupakan lelaki dan 12 orang wanita.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Arab Saudi, sehingga kini sejumlah 463 orang telah dijangkiti wabak MERS-CoV.

Sementara itu, antara pesakit yang berjaya pulih sepenuhnya daripada MERS-CoV adalah seorang remaja wanita berusia 16 tahun yang dibenarkan keluar dari hospital di Riyadh dan seorang wanita berusia 54 tahun di Jeddah.

Selasa lalu, seorang jururawat berusia 45 tahun dari Filipina meninggal dunia akibat virus tersebut di King Fahd Medical City di Riyad.

Satu sumber di hospital tersebut berkata, kematian jururawat itu telah dimaklumkan kepada Kedutaan Filipina, sambil menambah kata, tiga lagi jururawat terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki turut dijangkiti virus itu dan kesemua mereka kini dikurantin di hospital tempat mereka bekerja.

Sementara itu, di Dammam yang terletak di wilayah timur negara ini, ramai penjual daging unta tidak menjalankan urusan penjualan kerana bimbang dijangkiti virus tersebut.

Tindakan tersebut dibuat selepas Menteri Kesihatan, Adel Fakeih mengeluarkan amaran supaya orang ramai mengelak mengambil hidangan daging unta dan susu.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved