Isnin, 26 Mei 2014

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Prayuth secara rasmi disahkan tadbir Thailand

Posted: 26 May 2014 11:14 AM PDT

BANGKOK 27 Mei - Junta tentera baharu Thailand, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Prayuth Chan-ocha kelmarin menyatakan bahawa beliau secara rasmi disahkan oleh raja sebagai ketua majlis tentera yang akan mentadbir negara tersebut dan memberi amaran akan menggunakan kekerasan jika bantahan politik berkembang semula.

Prayuth yang mula berkuasa pada 22 Mei, berkata, tentera akan memulihkan semula keadaan selepas tujuh bulan demonstrasi jalanan yang membawa maut berleluasa berlaku di jalan utama di Thailand.

Pihak tentera telah bertindak menangkap sejumlah ahli politik, aktivis dan ramai lagi untuk siasatan lanjut.

"Anda mahu kembali kepada keadaan seperti sebelum ini? Jika ya, saya akan menggunakan kekerasan dan melaksanakan undang-undang yang tegas. Anda perlu memaafkan mana-mana langkah yang tegas itu kerana ia perlu mengikut keadaan," kata Prayuth dalam satu kenyataan di televisyen. - Agensi

Kumpulan pemisah Ukraine tawan lapangan terbang

Posted: 26 May 2014 11:11 AM PDT

DONETSK, Ukraine 27 Mei - Lapangan terbang utama di bandar timur Ukraine, Donetsk, digegarkan dengan satu letupan dan kejadian tembak menembak selepas kumpulan pemisah Ukraine mengepung kawasan tersebut semalam, kata seorang koresponden AFP yang berada di tempat kejadian.

Kepulan asap tebal dapat dilihat naik ke udara dari kawasan kompleks lapangan terbang itu dan bunyi jet pejuang melalui ruang udara kompleks tersebut didengari dari jauh.

Sementara itu, kesemua penerbangan keluar dan masuk di lapangan terbang tersebut turut dibatalkan. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved