Rabu, 14 Mei 2014

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


245 mati, 450 lagi berjaya diselamatkan di lombong Turki

Posted: 14 May 2014 01:00 PM PDT

ANKARA 15 Mei - Turki meletakkan angka kematian akibat letupan lombong yang dahsyat itu seramai 245 pekerja dan seorang pengendali lombong arang batu itu menyatakan bahawa hampir 450 pekerjanya yang lain telah diselamatkan.

Menteri Tenaga Turki, Taner Yildiz berkata, kebakaran yang sedang berlaku dan asap toksik karbon monoksida telah menghalang usaha menyelamat di lombong di bandar barat Soma.

Pengendali lombong tersebut, Soma Komur berkata dalam satu kenyataan bahawa kira-kira seramai 450 pekerjanya telah diselamatkan sejak letupan itu berlaku kelmarin. - AFP

11 penjual daging anjing dipenjara

Posted: 14 May 2014 12:14 PM PDT

BEIJING 15 Mei - Sebuah mahkamah di bandar China menjatuhkan hukuman penjara ke atas 11 ahli sebuah kumpulan sindiket kerana menjual anjing-anjing yang diburu menggunakan anak panah beracun, kata media tempatan semalam.

Kumpulan sindiket itu membunuh kira-kira 1,000 ekor anjing pada tahun lalu menggunakan anak panah yang dicelup ke dalam sejenis bahan kimia beracun, succinylcholine chloride dan menyimpan daging anjing itu ke dalam sebuah peti beku, kata agensi akhbar Xinhua memetik kenyataan sebuah mahkamah di wilayah Hunan.

Pasukan polis pernah menangkap rangkaian sindiket ini pada akhir Disember lalu dan merampas 12 tan daging anjing beku, namun daging dari 10 ekor anjing telah pun dijual. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved