Sabtu, 10 Mei 2014

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Thailand semakin meruncing

Posted: 10 May 2014 12:43 PM PDT

Penyokong Baju Merah prokerajaan memegang gambar Yingluck ketika mereka berhimpun di Bangkok, semalam. - AFP

BANGKOK 10 Mei - Pergerakan Baju Merah yang menyokong kerajaan hari ini mula berhimpun di barat ibu negara ini untuk mempertahankan kerajaan yang cuba digulingkan oleh penunjuk perasaan anti kerajaan selepas bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra disingkir Mahkamah Perlembagaan, menimbulkan kebimbangan berlakunya pertempuran antara kedua-dua kumpulan tersebut.

Perhimpunan oleh Baju Merah itu berlaku sehari selepas penunjuk perasaan antikerajaan yang berkempen selama enam bulan untuk menggulingkan Yingluck mengadakan demonstrasi di stesen-stesen televisyen, bangunan-bangunan kerajaan dan menuntut ahli Parlimen membantu mereka melantik seorang perdana menteri sementara, Isnin ini.

Ketua kumpulan Baju Merah, Jatuporn Prompan berkata, mereka akan terus berhimpun selama mana demokrasi di negara ini tidak selamat.

Beliau pada masa sama memberi amaran sekiranya rampasan kuasa atau pelantikan seorang perdana menteri tanpa dipilih rakyat, kumpulan Baju Merah akan meningkatkan perjuangan mereka dengan segera.

Bagaimanapun, Jatuporn tidak menyatakan jenis tindakan yang akan diambil kumpulan itu namun beliau membayangkan tindakan tersebut akan diambil secara aman kerana mereka tidak mahu melihat orang ramai terbunuh atau cedera.

Dalam pada itu, pemimpin penunjuk perasaan antikerajaan, Suthep Thaugsuban memberitahu pengikutnya malam tadi bahawa Dewan Senat sepatutnya memilih seorang perdana menteri baharu dengan segera terutamanya selepas Dewan Rendah telah dibubarkan, Disember lalu.

Perkara ini mesti berakhir sebelum Isnin. Kami sudah bersedia untuk merampas pejabat perdana menteri. Sekiranya ia tidak selesai maka kami akan bertindak sendiri," kata Suthep.

Dalam perkembangan berasingan, Ketua Tentera Thailand, Jeneral Prayuth Chan-ocha berkata, pihaknya tidak akan campur tangan dalam konflik politik negara ini kerana tindakan seperti rampasan kuasa oleh tentera tidak akan menamatkan konflik tersebut.

Katanya dalam wawancara radio hari ini, orang ramai perlu memahami tugas tentera dan tidak terpengaruh dengan desakan daripada mana-mana pihak.

Kedua-dua parti terlibat dalam konflik tersebut perlu menyelesaikan konflik itu menerusi saluran perundangan," lapor laman web akhbar Bangkok Post. - AGENSI

Penduduk Homs mula pulang

Posted: 10 May 2014 12:43 PM PDT

PENDUDUK Syria kembali ke kawasan perumahan mereka di Hamidiyeh di bandar lama Homs, kelmarin. - AFP

HOMS, Syria 10 Mei - Kumpulan terakhir penentang kerajaan Syria mula meninggalkan bandar Old City di Homs, semalam di bawah perjanjian yang dilihat memberi kemenangan simbolik kepada kerajaan ketika penduduk bandar itu mula pulang ke kediaman masing-masing yang hanya tinggal runtuhan batu.

Pengunduran itu menyaksikan kumpulan penentang kerajaan tersebut hanya akan berada di satu daerah di pinggir bandar ini yang pernah menjadi pusat revolusi bagi menentang Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Ketika tentera memasuki bandar ini bagi membersihkan kawasan itu daripada bahan letupan, beratus-ratus penduduk mula kembali bagi melihat keadaan rumah mereka di Hamidiyeh, sebuah daerah dihuni penduduk Kristian di Old Town yang menjadi sasaran serangan bom setiap hari dalam tempoh dua tahun.

Tinjauan wartawan AFP mendapati, kebanyakan penduduk sedih dan menangis ketika mereka memeriksa kerosakan rumah mereka.

Seorang penduduk dikenali sebagai Wafa berkata, rumahnya musnah teruk ekoran pertempuran antara tentera kerajaan dan kumpulan penentang.

Saya telah melihat gambar rumah saya musnah menerusi laman Facebook, namun saya sukar mempercayainya. Saya mahu melihat dengan mata saya sendiri," kata seorang lagi penduduk di Hamidiyeh, Jaqueline Fawwaz, 30.

Konvoi terakhir kumpulan penentang mula keluar daripada Old City selepas proses pemindahan itu tertangguh semalam sehari ekoran tindakan satu lagi kumpulan penentang kerajaan dari utara Syria menyekat penghantaran bantuan makanan ke dua bandar prokerajaan di wilayah Aleppo.

Penghantaran bantuan itu merupakan sebahagian daripada pertukaran yang menyaksikan kira-kira 2,000 orang kebanyakannya penentang meninggalkan Old City dengan jaminan laluan yang selamat.

Gabenor Homs, Talal al-Barazi berkata, mereka telah selesai mengundurkan pasukan bersenjata dari bandar Old City, proses yang bermula sejak Rabu lalu. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved