Isnin, 5 Mei 2014

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Cadang adakan 2 kali sebulan

Posted: 04 May 2014 11:24 AM PDT

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusangroup.com.my

Gelagat orang ramai yang menyertai KL Pagi Bebas Kenderaan ketika melalui bangunan KLCC, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF

KUALA LUMPUR 4 Mei - Orang ramai meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya menganjurkan program KL Pagi Bebas Kenderaan secara lebih kerap dan bukan hanya sebulan sekali.

Bagi mereka acara itu wajar diadakan sekurang-kurangnya dua kali sebulan berikutan sambutan menggalakkan selain bertujuan mengurangkan pelepasan asap gas karbon dioksida di ibu negara.

Pegawai Ketua Operasi Syarikat Nichimen Resources Sdn. Bhd, Nazirul Zulkifly, 30 berkata, acara itu dapat menyemai budaya berbasikal dalam kalangan orang ramai dan tidak mustahil basikal boleh menjadi pengangkutan utama di Kuala Lumpur satu hari nanti.

Walaupun bertugas di syarikat yang membekalkan basikal yang direka khas untuk tujuan penguatkuasaan oleh pihak DBKL dan Polis Diraja Malaysia, saya percaya budaya berbasikal patut digalakkan bagi meningkatkan kesihatan orang ramai dan menjadikan ibu negara sebagai bandar raya sihat," katanya di sini, hari ini.

Lebih 10,000 peserta menyertai edisi kelima KL Pagi Bebas Kenderaan yang turut disertai oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Menara Berkembar KLCC di sini.

Yang turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib; Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Loga Bala Mohan dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana KL Pagi Bebas Kenderaan 2014, Datuk Naim Mohamad.

Sejak pukul 7 pagi lagi, para peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum dan peringkat umur dilepaskan untuk tujuan riadah sejauh hampir 10 kilometer yang meliputi Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Dang Wangi, Jalan Ampang dan Jalan P. Ramlee.

Pelbagai acara lain turut diadakan termasuk pemeriksaan kesihatan, persembahan kebudayaan dan kesenian disusuli dengan peserta menikmati sarapan pagi beramai-ramai di hadapan Menara Berkembar KLCC.

Program KL Pagi Bebas Kenderaan yang bermula sejak Januari lalu diadakan pada Ahad minggu pertama setiap bulan.

Bagi penunggang veteran seperti Zahari Talib, 62, berbasikal dapat menguatkan stamina dan mereka yang mengamalkan aktiviti itu sentiasa cergas dan mampu hidup secara aktif.

Alhamdulillah, riadah dengan menunggang basikal ini benar-benar memberikan jawapan untuk kekal sihat dan kuat. Jika tidak, dalam usia seperti sekarang ini mustahil saya mampu menghabiskan enam jam untuk berbasikal dari Batu 18 Hulu Langat sehingga ke Jelebu, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Saya berharap pihak penganjur akan lebih kerap mengadakan acara seperti ini di ibu kota kerana kita seronok dapat menunggang basikal beramai-ramai dan berkenalan dengan mereka yang meminat kegiatan ini," katanya.

Bagi pelajar dari Sekolah Menengah Seksyen 19, Shah Alam, Muamar Idham Zamri 13, dia lebih gemar menghabiskan masa lapang dan cuti hujung minggu dengan menunggang basikal berbanding bermain permainan komputer atau menonton televisyen.

Sejak enam bulan lalu, dengan galakan daripada bapa, kami sama-sama menunggang basikal di sekitar rumah, trek berbasikal di sekitar Shah Alam sehinggalah ke Lebuh Raya Kesas sebagai satu aktiviti riadah yang menyeronokkan lagi menyihatkan bagi seisi keluarga," katanya.

Sementara itu, mengulas gesaan orang ramai, Ahmad Phesal berkata, pihaknya sedia menimbang untuk menganjurkan program itu dua kali sebulan jika ada permintaan daripada warga kota berbanding hanya pada Ahad minggu pertama setiap bulan pada masa ini.

Kami sentiasa bersedia kalau penduduk Kuala Lumpur mahu dua kali sebulan untuk mereka nikmati persekitaran yang bersih," katanya.

Jelasnya, yang membanggakan, jumlah peserta program itu bertambah daripada 2,000 orang pada edisi pertama Januari lalu, Februari (2,500), Mac (5,000), April (7,000) dan kini meningkat kepada 10,000 orang.

RM5.3 juta untuk lampu LED di sekitar PJ

Posted: 04 May 2014 11:24 AM PDT

KUALA LUMPUR 4 Mei - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah membelanjakan sebanyak RM5.3 juta sejak tahun lalu bagi pemasangan lampu diod pemancar cahaya (LED) di sekitar bandar raya ini.

Antara 13 lokasi yang mendapat manfaat daripada pemasangan lampu itu termasuk Seksyen 17, Seksyen 20, PJS 3, Seksyen 51 dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad berkata, MBPJ berperanan meningkatkan kesedaran warganya dalam mengamalkan gaya hidup mesra alam selain menjadikan Petaling Jaya sebuah Bandar Raya Hijau Berkarbon Rendah.

Jelasnya, usaha tersebut selaras dengan Kerangka Kerja Bandar Raya Berkarbon Rendah yang disediakan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP).

Peningkatan kesedaran ini hasil usaha yang dilaksanakan oleh KeTTHA serta agensi terlibat termasuk pihak berkuasa tempatan yang turut menyokong di peringkat kerajaan tempatan.

Memandangkan keberkesanan lampu jenis LED yang menjimatkan penggunaan tenaga, pemasangannya diperluaskan untuk lampu-lampu jalan di Petaling Jaya.

Pemasangan lampu itu menyumbang kepada penjagaan alam sekitar dan penduduk setempat turut mendapat manfaat hasil daripada penjimatan yang diperoleh oleh MBPJ," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Alinah, penjimatan yang terhasil itu boleh digunakan untuk tujuan pembangunan projek-projek infrastruktur yang lebih baik dan menyeluruh seperti menaik taraf jalan raya, dewan serba guna dan laluan pejalan kaki.

MBPJ telah mula melancarkan inisiatif pemasangan lampu LED di lorong belakang kediaman pada 2011 lagi. Pemasangannya berkonsepkan rakan kongsi antara MBPJ dan pemilik kediaman.

Pihak MBPJ akan menanggung kos pemasangan bagi pemohon yang berjaya dan pemilik kediaman bertanggungjawab menjelaskan bil elektrik kepada pihak Tenaga Nasional Berhad.

Pemasangan lampu jenis itu menyumbang kepada penggunaan tenaga yang lebih efisien selain mengurangkan pembebasan karbon dioksida dan mewujudkan keadaan selesa kepada penduduk dari segi keselamatan," katanya.

Tambah beliau, penggunaan lampu LED dalam pencahayaan boleh menjimatkan sehingga 70 peratus penggunaan tenaga berbanding penggunaan lampu tradisional.

Jelasnya, ia juga lebih tahan lama, tidak memancarkan radiasi inframerah dan bebas merkuri.

Penduduk tuntut geran tanah yang diduduki sejak 1969

Posted: 04 May 2014 11:24 AM PDT

KUALA LUMPUR 4 Mei - Kira-kira 500 penduduk di Lot 9714 Jinjang Selatan Tambahan di sini hari ini melakukan demonstrasi aman bagi menuntut penjelasan pihak berkuasa mengenai geran tanah yang diduduki sejak tahun 1969.

Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Suara Kominiti Jinjang Selatan Tambahan Kuala Lumpur, R. Sheker berkata, penduduk telah memohon hak milik tetap geran tanah tetapi telah ditolak tanpa sebarang alasan yag kukuh.

Sudah hampir 45 tahun kami memohon tanah tetapi masih tiada sebarang keputusan daripada pihak kerajaan walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tetap memungut hasil cukai pintu.

Pada tahun 2003, penduduk secara individu berusaha untuk memohon sekali lagi, tetapi perkara sama berulang apabila Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Tanah Wilayah Persekutuan menolak permohonan kami tanpa sebarang penjelasan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Mesyuarat Khas Isu Perumahan Lot 9714 Jinjang Selatan Tambahan di kawasan terbuka penempatan mereka, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bersama penduduk telah melakukan bantahan aman di tepi jalan raya, namun kemudiannya akur dengan arahan pihak polis supaya tidak berkumpul di kawasan tersebut.

Menurutnya lagi, satu bantahan rasmi mengenai perkara itu oleh semua penduduk terlibat telah diberikan kepada pihak berkuasa tempatan itu dalam majlis rasmi Bantahan Pelan Struktur DBKL.

Pihak DBKL telah memaklumkan kepada penduduk bahawa bantahan kami akan dipertimbangkan dalam perancangan tersebut yang akan dirombak semula mengikut pandangan yang diutarakan.

Keluarga penduduk di sini sudah memasuki generasi yang keempat, tetapi tiada sebarang maklum balas daripada pihak DBKL walaupun kami sudah mendiami kawasan ini sejak bertahun lamanya," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Penghuni-Penghuni Jinjang Selatan Tambahan Kuala Lumpur, Sin Ah Seng memberitahu, tanah di kawasan itu sebenarnya merupakan lot lesen pendudukan sementara (TOL).

Walaubagaimanapun, sesuatu yang luar biasa telah berlaku pada tahun 2006 apabila tiada sebarang pihak yang mengutip yuran TOL seperti tahun-tahun sebelum ini dan kami difahamkan, kawasan ini akan dibangunkan.

Sungguhpun begitu, cukai pintu tetap kami bayar namun permohonan geran tanah masih tidak diketahui statusnya kerana DBKL sehingga hari ini tidak memberi sebarang makluman dan jawapan," jelasnya.

Dalam pada itu, seorang penduduk, Patrick Lee, 30, menyatakan peristiwa yang meragukan berlaku pada pukul 9.30 pagi 9 April lalu apabila tiga individu yang mendawa dari DBKL mengecat rumah penduduk sesuka hati.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved