Ahad, 25 Mei 2014

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Selepas ijazah sarjana pasangan kembar mahu genggam Ph.D

Posted: 24 May 2014 12:40 PM PDT

Rosman Kadri (kiri) bersama Roslan Kadri menunjukkan Ijazah Sarjana Pendidikan Pengurusan dan Pentadbiran pada Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia, di Skudai, Johor Bahru, semalam. - Mingguan/AMIN FARIJ HASAN

JOHOR BAHRU 24 Mei - Minat yang sama terhadap bidang pendidikan menjadi dorongan kepada pasangan kembar seiras berusia 46 tahun untuk meneruskan pengajian mereka sehingga berjaya menggenggam ijazah.

Roslan Kadir yang bertugas selaku Fasilinus Pejabat Pendidikan Daerah Muar berkata, menjadi pasangan kembar ada keistimewaan tersendiri kerana berkongsi minat dan perjalanan hidup yang hampir serupa sejak daripada kecil lagi.

Menurutnya, perjalanan untuk menggenggam ijazah sarjana tersebut bukan mudah tetapi disebabkan mereka mempunyai 'rakan karib' yang turut melalui perkara sama, perkara itu seolah-olah menjadi pendorong kepada kejayaan tersebut.

"Sejak kecil lagi, banyak perkara yang dilakukan bersama kerana minat kami juga sama. Apabila salah seorang mahu melanjutkan pengajian ke universiti, seorang lagi pasti akan mempunyai perancangan yang serupa sekali gus membantu memudahkan proses pembelajaran kami," katanya kepada pemberita selepas memperoleh Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran) pada Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini.

Rosman yang dilahirkan awal seminit bersetuju dengan adiknya dan menyifatkan persaingan yang berlaku antara mereka adalah suatu perkara yang sihat kerana dapat memacu mereka bagi mencapai cita-cita dalam bidang pendidikan.

Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Tawar, Kota Tinggi itu berkata, seperti adik-beradik lain, pastinya sering berlaku persaingan antara mereka.

"Adalah suatu yang normal apabila kami sering bersaing namun kami jadikannya sebagai suatu perkara positif dan mahu mencapai kejayaan ini serentak," ujarnya.

Pasangan kembar itu turut memasang cita-cita untuk mengejar ijazah doktor falsafah (Ph.D) bersama-sama dalam waktu terdekat ini.

Sementara itu Canselor UTM, Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan mencemar duli berangkat menyampaikan ijazah kepada graduan pada sidang pertama yang berlangsung di Dewan Sultan Iskandar UTM, di sini.

Majlis yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini itu menyaksikan seramai 2,775 graduan termasuk 594 graduan antarabangsa daripada pelbagai lapangan akademik menamatkan pengajian mereka.

Ops Tapis Khas Bersepadu tahan 1 pengedar, 102 penagih

Posted: 24 May 2014 12:40 PM PDT

Zulkifli Ali (kiri) dan Sidek Jaffar menyoal sebahagian daripada penagih dadah yang ditangkap dalam Ops Tapis Khas Bersepadu di Balai Polis Masai, Johor Bahru, semalam. - MINGGUAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 24 Mei - Seorang pengedar dan 102 penagih dadah termasuk seorang warga Singapura ditahan dalam Ops Tapis Khas Bersepadu di empat lokasi di sekitar bandar raya ini hari ini.

Operasi selama sembilan jam bermula pada pukul 4 pagi itu disertai seramai 140 anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri.

Ketua JSJN negeri, Asisten Komisioner Zulkifli Ali berkata, operasi bersepadu yang julung kali diadakan itu tertumpu kepada kawasan penagihan dadah di Bandar Seri Alam dan pusat bandar raya ini.

"Tujuan operasi ini dijalankan adalah membanteras aktiviti penagihan dadah yang disyaki turut menyumbang kepada kegiatan jenayah di sekitar bandar raya ini.

"Dalam operasi ini, kita telah menahan seorang lelaki disyaki pengedar dan 102 penagih termasuk seorang wanita dan lelaki golongan orang kurang upaya (OKU)," katanya di Balai Polis Masai, Bandar Seri Alam di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah AADK negeri, Sidek Jaffar.

Zulkifli berkata, susulan penahanan pengedar dadah itu, pihaknya turut merampas 18 gram dadah disyaki jenis heroin yang dipercayai untuk diedarkan kepada penagih di sekitar ibu negeri.

Katanya, kesemua penagih yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 3 (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1983 manakala pengedar berkenaan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved