Khamis, 15 Mei 2014

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Remaja antara 6 suspek diberkas

Posted: 14 May 2014 12:14 PM PDT

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff (kiri) menunjukkan sebahagian daripada barang rampasan pada sidang akhbar di IPK Johor di Johor Bahru, Johor, semalam. -UTUSAN/ Baazlan Ibrahim

JOHOR BAHRU 14 Mei - Polis menahan enam lelaki Ahad lalu disyaki terlibat dalam kes pecah rumah seorang pegawai kanan kerajaan di Taman Sri Penggaram, Batu Pahat pada Mac lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kesemua suspek berusia antara 15 hingga 26 tahun itu ditahan kira-kira pukul 7 malam di sekitar daerah Batu Pahat.

Mangsa telah membuat laporan polis pada 22 Mac lalu tentang kehilangan sejumlah wang tunai dan sebuah telefon bimbit setelah rumahnya dipecah masuk ketika mangsa sedang tidur.

Susulan penahanan kesemua suspek, kita menemui semula sebuah telefon bimbit milik mangsa," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini hari ini.

Mohd. Mokhtar berkata, ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan direman hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Dalam kes berasingan, Mohd. Mokhtar berkata, pihaknya menahan lapan termasuk tiga wanita kerana disyaki terlibat dalam 12 kes pecah rumah dan melarikan kenderaan di sekitar daerah ini, Kulaijaya dan Lumut, Perak.

Menurutnya, dalam tangkapan pertama pukul 1 pagi pada 2 Mei lalu, sebuah kereta peronda polis cuba menahan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan di Lebuh Raya Skudai-Ayer Hitam sebelum suspek memecut melarikan diri, namun terbabas di hentian bas Rumah Awam Kelapa Sawit, Kulaijaya.

Kita menahan dua lelaki dan seorang wanita manakala seorang lagi suspek berjaya melarikan diri. Susulan itu kita telah melancarkan beberapa siri serbuan di sekitar daerah ini dan Batu Pahat dan berjaya menahan empat lelaki dan dua wanita.

Berikutan penahanan kesemua suspek, kita berjaya menemui semula lima buah kereta dipercayai dicuri, 18 telefon bimbit, sejumlah wang tunai, sebilah pedang samurai, empat komputer riba dan sebuah beg mengandungi peralatan untuk melakukan jenayah," katanya.

Katanya, ujian air kencing mendapati kesemua suspek berusia antara 17 hingga 48 tahun positif dadah jenis methamphetamine dan kini ditahan reman hingga esok bagi membantu siasatan.

66 PATI ditahan dalam bot pancung

Posted: 14 May 2014 12:14 PM PDT

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
utusanjohor@utusan.com.my

SEBAHAGIAN daripada 66 PATI yang ditahan Maritim Malaysia di perairan Pengerang, Kota Tinggi, Johor, kelmarin.

JOHOR BAHRU 14 Mei - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Tanjung Sedili menahan 66 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia di perairan Pengerang, Kota Tinggi semalam.

Ketua Penguatkuasanya, Kapten Maritim Amran Daud berkata, bot peronda pihaknya mengesan sebuah bot pancung yang berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan perairan itu kira-kira 10.30 malam.

Bot pancung itu dikesan berada di kawasan 3.6 batu nautika Tenggara Tanjung Punggai. Hasil pemeriksaan mendapati seramai 67 penumpang berusia antara tujuh bulan dan 56 tahun berada di dalam bot termasuk tujuh wanita dan dua kanak-kanak," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Berdasarkan siasatan, kesemua PATI dan seorang lelaki tempatan berasal dari Sarawak itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Kesemua mereka dipercayai dalam perjalanan dari Tanjung Punggai, Kota Tinggi menuju perairan Indonesia.

Maritim Malaysia merampas bot pancung itu berserta tiga enjin jenis Yamaha, manakala kesemua PATI disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Antipemerdagangan Orang 2007.

Maritim Malaysia Tanjung Sedili akan meneruskan rondaan dan pemantauan bagi menyekat kegiatan PATI daripada terus berleluasa bagi memastikan perairan negara selamat dan terkawal," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved