Isnin, 26 Mei 2014

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Lagi ahli militan LTTE ditangkap

Posted: 25 May 2014 12:50 PM PDT

Oleh NORAZRIN MARZUKI
pengarang@utusan.com.my

Polis menahan anggota kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam dalam serbuan di Petaling Jaya dan Klang Selangor, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 25 Mei - Tiga warganegara asing disyaki anggota kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) ditangkap dalam operasi Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Petaling Jaya dan Klang, Selangor pada 15 Mei lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika mengesahkan perkara itu berkata, ketiga-tiga yang ditangkap menyusup masuk ke negara ini sejak 2004 dan menjadikan Malaysia sebagai pangkalan untuk mengumpul dana, menyebar propaganda dan mengaktifkan kembali LTTE di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, kesemua mereka memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) untuk menetap di Malaysia dengan seorang daripadanya dikesan turut memiliki permit pekerjaan atas sebuah syarikat.

Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati, syarikat tersebut tidak wujud," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam tangkapan itu, Khalid memberitahu, polis menemui bahan propaganda kumpulan LTTE, peralatan media dan mata wang asing daripada 24 negara yang keseluruhannya bernilai RM20,176.53.

Beliau berkata, kesemua suspek kini ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 sementara menunggu tindakan susulan.

Khalid menjelaskan, pihaknya akan menjalinkan kerjasama rapat bersama pejabat UNHCR di ibu negara bagi memastikan anasir-anasir pengganas asing tidak mengeksploitasi kemudahan kad UNHCR untuk menjadikan Malaysia sebagai pangkalan operasi militan.

Kita menentang sebarang usaha menghidupkan elemen militan di negara ini dan pihak berkuasa akan sedaya upaya cuba menghapuskan sama sekali aktiviti keganasan sama ada yang boleh mengancam keselamatan Malaysia mahupun negara-negara luar," katanya.

Seorang maut, rakan parah ditembak

Posted: 25 May 2014 12:50 PM PDT

KUALA LUMPUR 25 Mei - Seorang pemuda maut manakala rakannya cedera akibat ditembak dalam pergaduhan membabitkan dua kumpulan samseng di Kampung Ladang Baru Sungai Pelong, Kuang, dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, suspek dan 30 pengunjung sebuah kuil sedang bersembahyang di ladang tersebut sebelum didatangi sekumpulan lelaki termasuk dua mangsa lalu mengganggu upacara berkenaan.

Berikutan itu, berlaku pergaduhan antara mereka sebelum suspek yang berusia 40-an melepaskan tembakan ke arah kedua-dua mangsa.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berkata, mangsa, M. Vijendran, 25, mati di tempat kejadian akibat terkena tembakan yang mengenai bahagian kepala dan pinggangnya.

Rakannya, B. Sureshkumar, 24, yang terkena dua das tembakan di bahagian perut pula dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Suspek dikenali sebagai Thundercats, berusia 40-an, melarikan diri dengan pacuan empat roda berwarna merah bersama rakan-rakannya," katanya ketika ditemui di sini malam tadi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek merupakan bekas Pusat Tahanan Simpang Renggam dan baharu sahaja dibebaskan, manakala Sureshkumar turut mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan melibatkan jenayah pecah rumah dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, jenayah samun.

Katanya, hasil pemeriksaan di tempat kejadian menemukan dua kelongsong peluru jenis S&B 9x19 dan tidak menolak kemungkinan motif kejadian tersebut untuk membalas dendam.

Sehubungan itu, polis memburu seorang lelaki dikenali sebagai Kannan atau Thundercats yang mempunyai susuk badan yang tegap," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved