Khamis, 15 Mei 2014

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


32,050 diesel, 300 silinder LPG dirampas

Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT

SEPASUKAN anggota KPDNKK melakukan serbuah dalam Ops Titik ke sebuah premis menyeludup diesel di USJ 23, Subang Jaya, Selangor, semalam. - UTUSAN/MOHD. AKRAM MOHD. SETH TAN

KUALA LUMPUR 15 Mei - Sebanyak 32,050 liter minyak diesel dan 300 silinder gas petroleum cecair (LPG) dirampas pada hari pertama Op Titik yang dijalankan lima pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di seluruh negara.

Kesemua rampasan bernilai RM522,600 termasuk kenderaan yang membawa bahan bakar itu dilakukan oleh pejabat KPDNKK Putrajaya, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Sabah.

Ketua Pengarah Bahagian Pe-nguat Kuasa KPDNKK, Roslan Mahayuddin berkata, rampasan terbanyak melibatkan 27,000 liter minyak diesel bersubsidi yang ditemui disorokkan disebuah rumah ibadat di USJ 23, Subang Jaya, Selangor.

Beliau berkata, pihaknya menemui kesemua minyak diesel tersebut yang disorokkan di dalam sebuah stor di halaman rumah ibadat tersebut dalam serbuan kira-kira pukul 12 tengah hari.

Turut dijumpai ialah tiga lori yang digunakan untuk menyeludup minyak diesel dan beberapa peralatan lain seperti generator serta tangki berisi minyak diesel.

Kesemua barangan dirampas dianggarkan bernilai kira-kira RM300,000. Seorang lelaki warga tempatan turut ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Menurut Roslan, satu lagi serbuan dibuat di sebuah stesen minyak di Shah Alam, Selangor melibatkan rampasan 2,500 liter diesel dan sebuah lori yang telah diubah suai untuk menyeludup diesel. Kesemua rampsan bernilai RM105,000.

Di Pulau Pinang pula, serbuan dilakukan di sebuah stesen minyak pada kira-kira pukul 4 pagi. Dalam serbuan itu sebanyak 1,150 liter minyak diesel bersubsidi dan dua buah lori bernilai RM22,300 dirampas.

Sementara serbuan di Labuan pula melibatkan rampasan 500 liter minyak diesel bernilai RM1,000," katanya.

Roslan memberitahu, serbuan melibatkan 300 silinder LPG bernilai RM94,300 pula dilakukan di sebuah gudang haram di Segambut di sini.

Rampasan silinder LPG seberat 50 kilogram setiap satu itu dilakukan pada pukul 2 petang hasil risikan selama seminggu," katanya.

"Kesemua LPG itu disimpan tanpa kebenaran di gudang tersebut lebih seminggu lalu dan kita merampas kesemua bahan tersebut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

Ibu bapa anak hilang direman

Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT

KOTA KINABALU 15 Mei - Kes kehilangan kanak-kanak berusia tiga tahun, Low Min You, Jumaat lalu yang dipercayai diculik selepas kenderaan pacuan empat roda milik ayahnya dilarikan di sebuah stesen minyak berhampiran Kampung Air di sini, memasuki episod baharu.

Hari ini, kedua-dua ibu bapanya, Low Yee Shang, 31, dan isterinya, Yong Siau Yee, 26, ditahan reman selama tiga hari sehingga Sabtu bagi membantu siasatan kes itu yang menarik perhatian seluruh negara yang secara kebetulan jatuh beberapa hari sebelum minggu Hari Ibu.

Pasangan itu ditahan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu pada pukul 9 malam tadi ketika diminta hadir membantu siasatan. Difahamkan penahanan itu dibuat berikutan terdapat beberapa percanggahan kenyataan antara mereka berdua berhubung kehilangan Min You.

Mereka berdua dibawa ke Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 11 pagi bagi mendapat perintah tahanan reman. Pendaftar mahkamah, Danny Buaya membenarkan mereka berdua ditahan sehingga Sabtu ini, bukannya sehingga seminggu seperti yang dipohon oleh Pegawai Penyiasat kes itu, Inspektor Shreethran Balan.

Peguam Ram Singh yang mewakili pasangan itu ketika membantah permohonan reman selama seminggu itu menegaskan bahawa pasangan itu masih mempunyai seorang lagi anak yang memerlukan perhatian daripada mereka berdua.

Tiada kepentingan untuk menahan mereka untuk tempoh panjang kerana pasangan itu selama ini telah memberikan kerjasama baik kepada polis sepanjang kehilangan anak mereka," katanya.

Dalam kejadian Jumaat lalu itu, kira-kira pukul 5.50 pagi, bapa mangsa, Yee Shang dikatakan terlupa mengunci kenderaannya semasa singgah sebentar untuk membuang air di stesen minyak itu dan semasa itu mangsa sedang nyenyak tidur di bahagian belakang.

Sebaik sahaja dia keluar daripada tandas, didapati kereta bersama mangsa telah hilang, namun kira-kira pukul 9.30 pagi hari yang sama kereta itu ditemukan di Bukit Bendera berhampiran Menara Jam Atkinson di sini dalam keadaan berkunci tetapi kanak-kanak itu telah hilang dipercayai dilarikan oleh suspek.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved