Sabtu, 10 Mei 2014

Utusan Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Senaman untuk kerjaya

Posted: 10 May 2014 06:34 AM PDT

Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI
Gambar MOHD. SHAHARANI SAIBI

AKTIVITI santai begini boleh dilakukan sama ada di sebelah pagi atau petang sebagai rutin kehidupan bagi menjamin kesihatan terpelihara.

Gaya hidup sihat kini bukan lagi asing dalam kehidupan seorang yang bergelar selebriti apatah lagi mereka perlu tampil segar dan bertenaga untuk berhadapan dengan orang ramai.

Sedar dengan kepentingan itu, dua orang selebriti muda yang lahir daripada pertandingan realiti nyanyian dan lakonan, Aman, 22, dan Fyzreen, 26, tidak lupa untuk menyelitkan aktiviti senaman sebagai sebahagian daripada jadual mingguan mereka.

Bagi Aman yang menyertai program Bintang RTM, bergelar seorang penyanyi dan pelajar dalam masa yang sama bukanlah alasan untuk tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

Memang saya akui menjadi seorang pelajar universiti, jadual memang sibuk dengan dengan kelas dan aktiviti mengulang kaji.

Apatah lagi selalunya di sebelah malam, saya dijemput untuk mengadakan persembahan nyanyian. Jadi mahu atau tidak, saya perlu membahagikan masa dan bersenam sekurang-kurangnya sekali seminggu," jelasnya.

Tambah Aman lagi, dia sendiri mengamalkan senaman bukan sahaja untuk nampak sihat, tetapi juga untuk mengekalkan stamina.

Bila kita menyanyi, kadang-kadang akan berlaku masalah semput dan ia menyukarkan seorang penyanyi jika stamina kita bertambah kurang," jelasnya.

Jelas Aman atau nama sebenarnya, Salman Naim Mubarak Mohd. Ziki lagi, menghirup udara segar di taman juga menjadi penyebab kenapa dia gemar melakukan aktiviti riadah.

Kadang-kadang saya pergi tidak bersenam pun. Sekadar menghirup udara segar di taman dan berjalan-jalan di sekitar pun sudah mencukupi.

Bagi saya, bila jarang melakukan senaman, badan jadi berat dan itu yang boleh membuatkan seseorang sering menjadi lemah dan malas," katanya.

Menjadi seorang pelajar juga banyak membuatkan Aman perlu untuk kekal sihat dan menjadi seorang penyanyi memerlukan dia untuk tampil dengan tubuh badan yang menarik.

Itu satu lagi kepentingan bersenam pada saya dalam usaha untuk mengekalkan tubuh badan saya," jelasnya.

Tambah Aman, sekiranya dia tidak berpeluang untuk meluangkan masa di taman pada waktu sebelah petang atau pagi, dia akan singgah ke gimnasium berdekatan rumahnya.

Kalau kita pergi ke gimnasium, waktu itu lebih fleksibel ia adalah aktiviti yang dilakukan di waktu malam jadi masih ada masa.

Tapi kalau gimnasium, saya lebih selesa untuk sekadar mengikut rakan-rakan, sebab ada di antara mereka yang selalu pergi ke gimnasium.

Jadi tidaklah kekok sangat menggunakan peralatan yang ada. Lagipun, jika mereka ada, boleh juga saya tanya apa yang boleh saya lakukan sepatutnya," katanya.

FYZREEN membantu Aman melakukan push up untuk memecahkan lemak di bahagian perut dan paha.

Fyzreen mahu badan cergas

Bagi gadis genit yang lahir daripada rancangan realiti lakonan ini pula, mempunyai kerjaya tetap sebagai akauntan dan menjadi pelakon memerlukan dia untuk mendapat tubuh badan yang cergas.

Saya sebenarnya mempunyai kerjaya tetap sebagai seorang akauntan di salah sebuah syarikat di ibu kota.

Alhamdulillah, walaupun mempunyai kerjaya tetap, majikan saya tetap memberi saya peluang untuk menceburi dunia lakonan asalkan saya tidak mengabaikan kerja hakiki saya," jelasnya yang pernah menyertai program Anak Wayang.

Tambahnya, itu yang membuatkan dia kadang-kadang terpaksa bekerja di hujung minggu bagi menyiapkan kerja-kerja yang perlu dihantar pada tarikh yang ditetapkan.

Memang bila ada yang dengar saya buat dua kerja sekali, ada yang cakap saya boleh mengalami tekanan dan sebagainya tetapi bagi saya, saya senang dengan apa yang saya lakukan sekarang.

Malah, jadual lakonan saya sedikit pun tidak terganggu dengan waktu kerja saya. Itu yang saya bersyukur dengan kerja yang saya ada sekarang," jelasnya.

Tambahnya lagi, bagi mengelakkan dirinya tekanan, itu yang membuatkan dia melakukan aktiviti riadah sebagai salah satu cara mengurangkan tekanan pada dirinya.

Bila kita melakukan aktiviti riadah di taman dengan melakukan senaman, sebenarnya ia banyak membantu terutamanya pada diri seseorang itu.

Kerja yang terlalu banyak boleh menyebabkan badan seseorang itu lemah dan bila kita melakukan senaman sambil menghirup udara segar, ia sebenarnya mampu mencergaskan diri," jelasnya.

Tambah Fyzreen atau nama sebenarnya Fyzreen Damira Ahmad Farid lagi, biasanya dia akan melakukan senaman di taman-taman riadah kerana udaranya yang segar.

Bekerja di ibu kota ini memang sangat terdedah dengan udara yang tidak baik untuk tubuh badan, jadi bila dapat meluangkan masa di taman-taman sekurang-kurangnya dapatlah menghirup udara yang segar," jelasnya.

Tambah Fyzreen lagi, di taman-taman juga sekarang ini sudah semakin banyak peralatan yang disediakan untuk senaman dan bukan sekadar melakukan jogging sahaja.

Peralatan sudah banyak yang boleh digunakan. Kalau tidak mahu berlari, boleh gunakan peralatan percuma yang disediakan.

Saya rasa, jika saya tidak melakukan aktiviti senaman pasti badan akan menjadi lemah dan ia akan membuatkan diri saya sendiri kurang produktif," ujarnya.

Ji Hyun Woo terus berlakon

Posted: 10 May 2014 06:34 AM PDT

BERSAMA NOONA KHA-DIJAH
(ijah_pg@yahoo.com)

Ji Hyun Woo tidak tunggu lama untuk berlakon.

SEBAIK sahaja tamat menjalani perkhidmatan tentera pada 6 Mei baru-baru ini, Ji Hyun Woo, 30, yang disambut oleh kira-kira 100 peminat dari Korea, China dan Jepun di Wonju, Gangwondo tanpa berlengah terus memberi kata persetujuan untuk berlakon dalam drama Trot Lovers terbitan KBS.

Sewaktu perjumpaan tersebut teman wanitanya, Yoo In Na tidak turut serta kerana sibuk dengan jadual kerja yang memerlukan dia menjalani penggambaran di China.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan tentera, komander dan kadet yang telah menolong saya sepanjang berada dalam perkhidmatan tentera. Kerjasama mereka membuatkan saya dapat melakukan tugasan dengan sempurna.

Lama juga saya tidak bertemu dengan para peminat dan sebab itulah saya cuba untuk bermesra semula dengan anda semua. Untuk permulaan saya ingin menghabiskan masa dengan keluarga dan memberi hadiah kepada peminat dengan menampilkan diri dalam sebuah drama," katanya pada perjumpaan tersebut.

Dalam pada itu, Ji Hyun Woo juga berkata yang dia bakal tampil dengan imej baharu, bukan sebagai sarjan Joo Hyun Tae (nama sebenarnya) tetapi sebagai Jang Jun Hyun, watak yang bakal dilakonkannya dalam drama Trot Lovers

Menurut wakil produksi KBS, karakter Jang Jun Hyun memerlukan aktor itu berlakon dan menyanyi. Watak itu memang sesuai dengan dirinya selepas dua tahun tidak berlakon.

Trot Lovers adalah kisah romantik komedi tentang Choi Choon Hee, seorang wanita berusia 20-an yang berbakat sebagai penyanyi trot dan dia bertemu dengan Jang Jun Hyun, pemuzik ternama untuk membantunya menjadi popular. Kemungkinan penyanyi IU akan berlakon dalam drama ini," katanya.

Dalam pada itu wakil agensi Yoo In Na, YG Entertainment tampil menjelaskan kenapa dia tidak turut serta merai kepulangan Ji Hyun Woo.

Yoo In Na ketika ini sibuk dengan jadual kerja rakaman untuk sebuah dokumentari dan sebab itulah dia tidak dapat hadir. Selain itu dia juga sibuk menjalani penggambaran filem di Korea dan China untuk filem Wedding Bible. Walaupun dia tidak hadir hari ini, itu tidak bermakna yang hubungan mereka putus. Mereka masih lagi berpasangan.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved