Selasa, 6 Mei 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Hakim benarkan permohonan peguam Nik Nazmi

Posted: 06 May 2014 02:58 AM PDT

Oleh SUWARNI MOKHTAR

PETALING JAYA 6 Mei - Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepaskan bekas Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad daripada tuduhan menganjurkan perhimpunan haram.

Hakim Yasmin Abdul Razak memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan menghalang Nik Nazmi daripada dibicarakan oleh peguam, N. Surendran atas alasan Mahkamah Rayuan telah melepas dan membebaskannya daripada dakwaan sama, 11 hari lalu. - UTUSAN ONLINE

Pelajar dakwa dipukul dengan besi di kepala

Posted: 06 May 2014 02:35 AM PDT

PERMATANG PAUH 6 Mei -Seorang pelajar tingkatan satu sekolah menengah berasrama di Tasek Gelugor dekat sini mendakwa dipukul di kepala dengan sebatang besi oleh warden dalam kejadian awal pagi semalam.

Akibatnya, pelajar terbabit, Mohd. Amzar Mohd. Fadzil berkata, dia hampir pitam dan muntah selain turut diarahkan melakukan denda ketuk-ketampi sebanyak 200 kali atas kesalahan membuat bising dan tidak masuk tidur selepas tamat waktu mengulang kaji pelajaran.

Kata Mohd. Amzar, dia dan lapan orang rakannya yang lain ketika itu sedang berbual dalam bilik asrama sebelum warden lelaki berusia 40-an datang dan memarahi mereka serta mengarahkan melakukan ketuk- ketampi.

"Selepas melakukan hampir separuh ketuk-ketampi yang disuruh, saya berasa sangat penat dan memberitahu warden terbabit sebelum berhenti menyebabkan beliau terus mengetuk kepala saya dengan kuat menggunakan sebatang besi," katanya ketika ditemui di Hospital Seberang Jaya di sini hari ini.

Sementara itu, bapa pelajar terbabit, Mohd. Fadzil Alajis,39, berkata, beliau kesal kerana guru lelaki berkenaan bertindak keterluan terhadap anaknya yang masih mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang ekoran kemalangan jalan raya pada tahun lepas.

"Saya telah membawa Mohd. Amzar ke Hospital Seberang Jaya dan doktor telah sahkan tiada kecederaan parah namun keadaan anak saya masih lemah dan diberikan cuti sakit selama lapan hari," katanya.

Mohd. Fadzil yang juga Timbalan Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ( GPMS) negeri berkata, beliau telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) pagi tadi dan berharap pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.- UTUSAN ONLINE

Semua kem PLKN disyaratkan pasang CCTV

Posted: 06 May 2014 12:34 AM PDT

Oleh ANI AWANG

BUKIT MERTAJAM 6 Mei - Semua Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) disyaratkan memasang kamera litar tertutup (CCTV) sebagai salah satu syarat dalam jadual pematuhan 2014 bagi menaik taraf kem berkenaan di seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, setiap pengusaha kem perlu menaik taraf kem masing-masing yang diwajibkan bermula dari Januari lalu hingga Jun 2015.

Beliau berkata, kegagalan pengusaha menambah baik kemudahan di kem masing-masing akan menyebabkan kontrak mereka dibatalkan.

"Pengusaha kem PLKN perlu mengeluarkan peruntukan sendiri untuk tujuan itu kerana kerajaan tidak akan menanggung kos menaik taraf kem," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved