Ahad, 4 Mei 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


UMNO Kelantan giat beri penerangan hudud

Posted: 03 May 2014 11:32 PM PDT

MACHANG 4 Mei - Sebahagian daripada 240,000 anggota UMNO di negeri ini telah mula mendapat penjelasan lebih terperinci tentang hukum hudud yang bakal dilaksanakan kerajaan Pas Kelantan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini adalah hasil daripada sesi penerangan khusus pemimpin UMNO yang dibuat secara berterusan di semua peringkat bahagian.

Beliau berkata, sesi penerangan itu dibuat memandangkan masih ramai yang tidak faham tentang hukum hudud yang bakal dilaksanakan.

"Dalam hal ini, UMNO Kelantan mendahului pihak lain dalam usaha memberi penerangan tentang hukum itu di Kelantan.

"Saya dapati ada dalam kalangan rakyat yang kurang memahami tentang hukum hudud dan ini adalah peringkat pertama kita laksanakan supaya mereka lebih mengetahui dengan terperinci.

"Saya yakin keseluruhan anggota UMNO akan memahaminya secara mendalam dalam tempoh terdekat memandangkan sambutan hangat dalam majlis-majlis yang dianjurkan di peringkat bahagian," katanya. - UTUSAN ONLINE

habis.

PM berbasikal bersama-sama 10,000 peserta

Posted: 03 May 2014 08:22 PM PDT

KUALA LUMPUR 4 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbasikal bersama-sama 10,000 peserta 'KL Car Free Morning' edisi kelima di ibu kota di sini hari ini.

Beliau yang lengkap berpakaian seperti penunggang profesional berbasikal sejauh kira-kira tiga kilometer sebagai tanda sokongan terhadap program yang bertujuan mengurangkan pelepasan karbon dioksida itu - UTUSAN ONLINE

Pasukan Pegawai Bomba Bantu bakal diwujudkan

Posted: 03 May 2014 07:38 PM PDT

KUALA LUMPUR 4 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan telah bersetuju untuk mewujudkan pasukan Pegawai Bomba Bantuan yang akan dibayar elaun seperti pasukan-pasukan bantuan sedia ada di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri memberitahu, penubuhan pasukan tersebut dijangka berupaya meningkatkan kecekapan masa bertindak kepada 80 peratus seperti di negara-negara maju.

Menurut beliau, pada masa ini, pencapaian masa bertindak 10 minit yang disasarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi kawasan berisiko tinggi dan sederhana masih kurang memuaskan iaitu lebih kurang 50 peratus sahaja.

"Maka dengan itu, orang ramai diseru untuk mendaftarkan diri bagi menyertai pasukan ini.

"JBPM akan memberi latihan secukupnya kepada anggota bomba bantuan untuk membantu mereka menjalankan tugas memadam kebakaran dan menyelamat dengan cekap serta berkesan bersama-sama dengan anggota bomba sepenuh masa," katanya ketika berucap merasmikan majlis sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2014 di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan; Timbalannya, Datuk Halimah Mohd. Sadique dan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim.

Pada majlis sama, Muhyiddin turut melancarkan Pasukan Bomba Bantuan dan Buku Wira Merah. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved