Selasa, 27 Mei 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


SPA perkenal peperiksaan atas talian

Posted: 27 May 2014 02:51 AM PDT

PUTRAJAYA 27 Mei - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melaksanakan kaedah peperiksaan secara atas talian bagi memilih calon berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong dalam sektor awam bermula hari ini.

Pengerusinya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, kaedah berkenaan dibuat bagi memudahkan calon mengambil peperiksaan tanpa perlu hadir ke pusat peperiksaan tertentu seperti sebelum ini.

Beliau berkata, menerusi transformasi berkenaan, SPA dapat menjimatkan kos pengurusan peperiksaan berbanding cara tradisi termasuklah perbelanjaan seperti kertas jawapan dan buku soalan dengan nilai penjimatan sebanyak RM2.5 juta setahun.

``Ia membolehkan orang ramai menduduki peperiksaan bertulis untuk memasuki skim perkhidmatan awam di mana saja mereka berada iaitu di rumah, pejabat atau luar negara.

``Masa yang ditetapkan untuk peperiksaan berlangsung juga serentak dan mereka akan menerima nombor giliran sebelum menduduki peperiksaan," katanya pada sidang akbar Majlis Pelancaran Sistem Peperiksaan Online di sini hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun turut hadir bagi menyempurnakan majlis pelancaran tersebut. - UTUSAN ONLINE

65,000 guru BI akan dilatih semula - TPM

Posted: 27 May 2014 02:41 AM PDT

Oleh MOHD KHAIRUL MOHD ALI

JOHOR BAHRU 27 Mei - Kementerian Pendidikan bercadang melatih semula sehingga 65,000 guru subjek Bahasa Inggeris (BI) pada masa akan datang dalam usaha mempertingkatkan kemahiran dan penguasaan bahasa antarabangsa itu dalam kalangan generasi muda.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tahun lalu 5,000 guru BI telah dilatih semula manakala tahun ini 20,000 orang akan dilatih dalam usaha melaksanakan hasrat tersebut.

Menurutnya, usaha itu penting dalam meningkatkan mutu dan kualiti BI seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

"Selain itu, pihak kementerian turut memberi fokus kepada peningkatan penguasaan subjek Sains dan Matematik dalam kalangan pelajar," katanya yang berucap sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Sekolah Tun Fatimah (STF) 2014 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

83.66 peratus keluar mengundi setakat pukul 2 petang

Posted: 26 May 2014 11:50 PM PDT

Oleh SAYED HESHAM IDRIS

TELUK INTAN 27 Mei - Sejumlah 83.66 peratus atau 343 daripada 410 pengundi awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan telah mengundi setakat pukul 2 petang ini.

Proses pengundian bermula pada pukul 8 pagi di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved