Ahad, 25 Mei 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Muhyiddin rasmi pembinaan lebuh raya Banting-Taiping

Posted: 25 May 2014 02:54 AM PDT

Oleh SAYED HESHAM IDRIS

TELUK INTAN 25 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini merasmikan projek infrastruktur mega untuk kemudahan rakyat iaitu pembinaan Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat sepanjang 233 kilometer dari Banting, Selangor ke Taiping yang akan merancakkan lagi pembangunan kawasan jajarannya termasuk di Teluk Intan.

Beliau yang merasmikan majlis pecah tanah projek berkenaan berkata, pembinaan lebuh raya yang memakan masa lima tahun itu membuktikan keprihatinan kerajaan dalam mengatasi masalah rakyat yang berdepan kepadatan trafik di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) terutama pada musim cuti atau perayaan.

Katanya, apa yang lebih penting lebuh raya empat lorong dua hala itu akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi terutamanya banda-bandar yang terlibat kerana sistem lebuh raya yang efisen dan memendekkan jarak perjalanan.

Beliau berkata demikian pada majlis pecah tanah projek pembinaan lebuh raya berkenaan di Jambatan Teluk Intan-Sitiawan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Cuepacs cadang kerajaan perkenal elaun tinggal di bandar

Posted: 25 May 2014 12:58 AM PDT

KUALA TERENGGANU 25 Mei - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan kerajaan memperkenalkan elaun baharu khas untuk penjawat awam yang tinggal di bandar bagi menghadapi kenaikan kos sara hidup.

Presidennya, Azih Muda berkata, Elaun Bandar itu yang dicadangkan antara RM400-RM500 sebulan pasti dapat mengurangkan beban kewangan dihadapi penjawat awam, terutama yang tinggal di bandar metropolitan seperti Kuala Lumpur, Johor Baharu dan Ipoh.

"Sudah sampai masanya untuk kerajaan memperkenalkan elaun ini kerana kita khuatir jika kita tidak bantu mereka, tumpuan terhadap kerja akan terganggu apabila penjawat awam ini memilih untuk melakukan pekerjaan sampingan dalam mendapat pendapatan tambahan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama-sama penjawat awam negeri Terengganu yang dirasmikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal di sini hari ini. - BERNAMA

Bantuan bulanan JKM kepada lima beradik yatim piatu

Posted: 25 May 2014 12:52 AM PDT

KUALA LUMPUR 25 Mei - Lima beradik yatim piatu yang kehilangan ibu bapa mereka dalam kemalangan ngeri di Cheras, Jumaat lepas akan menerima bantuan kolektif RM450 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meringankan beban kewangan mereka.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pihaknya kini sedang menunggu laporan lanjut daripada JKM mengenai kelima-lima beradik itu sebelum bantuan berkenaan disalurkan.

"Bantuan itu akan diberi sehingga mereka berusia 18 tahun," katanya kepada pemberita selepas melancarkan acara 'Purple Walk 2014' dan Persatuan Wanita (Perwani) Siswi di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 7.30 pagi itu, Juruteknik Jefri Mohd Zain, 46, dan isterinya Noorsalawati Ibrahim, 40, terbunuh ketika dalam perjalanan ke tempat kerja menaiki motosikal setelah digilis sebuah lori dalam kejadiaan langgar lari berhampiran susur ke Cheras, di Jalan Loke Yew.

Pasangan itu meninggalkan lima anak - Muhd Haikal, 16, Fatin Adlina, 14, Mohd Aidil, 10, Norsyamini, 4, dan Nor Auni Safia, 3. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved