Isnin, 12 Mei 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kerajaan kaji analisis asrama dan enrolmen mahasiswa

Posted: 12 May 2014 12:51 AM PDT

KUALA LUMPUR 12 Mei - Kementerian Pendidikan sedang mengkaji analisis asrama bersama enrolmen mahasiswa di institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menentukan kapasiti penyediaan akses kepada pendidikan tinggi dan kemudahan yang optimum dalam usaha mencapai negara maju pada 2020.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pada masa sekarang, enrolmen di IPTA telah meningkat daripada 462,780 orang pada 2010 kepada 521,793 pada 2012.

"Manakala kapasiti asrama baharu yang dibina di bawah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) melalui RMK-10 adalah 75,184. Daripada jumlah ini,7,184 telah siap dibina, 39,000 dalam pembinaan dan baki 29,000 masih dalam pelbagai peringkat perundingan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Formula tadbir urus negara terbukti berkesan - TPM

Posted: 11 May 2014 11:23 PM PDT

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA

KUALA LUMPUR 12 Mei - Formula yang diguna pakai kerajaan sejak negara ini merdeka telah terbukti keberkesanannya bukan sahaja dalam aspek pembangunan negara malah dalam memelihara keharmonian dan memberi keadilan kepada semua pihak termasuk kuam minoriti.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin berkata, di sesetengah negara lain, kaum minoriti sering ditindas dan dicabuli hak mereka oleh kaum majoriti tetapi senario itu tidak berlaku di Malaysia kerana kebebasan mereka sentiasa terpelihara di bawah Perlembagaan.

"Kita sungguh bertuah sifat toleran dan saling memahami antara kaum yang berbeza agama, bahasa serta budaya yang dipupuk sejak sekian lama telah membawa keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyat," katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Wesak esok. - UTUSAN ONLINE

TPM ucap Selamat Hari Wesak

Posted: 11 May 2014 10:48 PM PDT

KUALA LUMPUR 12 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengucapkan selamat Hari Wesak kepada semua rakyat Malaysia khususnya penganut Buddha yang akan menyambutnya esok.

Di bawah ini adalah kenyataan penuh Timbalan Perdana Menteri:

UCAPAN YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI SEMPENA HARI WESAK

TERLEBIH dahulu saya mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak kepada semua rakyat Malaysia, khususnya penganut agama Buddha.

Seperti yang kita semua maklum, Hari Wesak merupakan salah satu acara kebesaran agama yang penting disambut oleh penduduk Malaysia beragama Buddha.

Di Malaysia, sambutan secara besar-besaran acara keagamaan adalah sesuatu yang lumrah. Ia merupakan manifestasi dasar kebebasan agama yang diamalkan di negara kita bersesuaian dengan hakikat bahawa masyarakat di negara ini terdiri daripada pelbagai kaum.

Sebab itu, walaupun Islam diiktiraf sebagai Agama Persekutuan dan umat Islam adalah majoriti di negara ini, namun ia sama sekali tidak menidakkan kebebasan kaum lain untuk menganut dan mengamal agama kepercayaan mereka.

Begitu juga dalam soal bahasa, budaya dan adat resam. Setiap kaum bebas mengamalkan bahasa, budaya dan adat resam masing-masing tanpa sebarang sekatan.

Walaupun ini sudah menjadi kebiasaan, nikmat dan keistimewaan ini harus dihargai oleh kita rakyat Malaysia yang berbilang kaum di bumi yang bertuah ini. Di sesetengah negara lain, kaum minoriti sering ditindas dan dicabuli hak mereka oleh kaum majoriti. Tetapi ini tidak berlaku di Malaysia.

Hak dan kebebasan rakyat Malaysia yang terdiri daripada kaum minoriti sentiasa terpelihara di bawah perlembagaan dan undang-undang negara.

Kita sungguh bertuah sifat toleran dan saling faham memahami antara kaum yang berbeza agama, bahasa dan budaya yang dipupuk sejak sekian lama telah membawa keharmonian dan perpaduan rakyat.

Formula ini telah kita terima pakai sejak negara merdeka. Keberkesanannya telah terbukti di mana kerajaan berjaya memajukan dan membangunkan negara serta membuka peluang untuk rakyat mencari kemajuan dan kemakmuran.

Tetapi kebelakangan ini terdapat usaha pihak tertentu untuk menghancurkan perpaduan dan menimbulkan kekecohan di dalam negara menerusi sikap keterlaluan, rusuhan jalanan dan perbalahan antara kaum.

Kita bernasib baik kerana majoriti rakyat masih bersikap rasional dan tetap menyokong usaha kerajaan untuk mengekalkan keamanan dalam negara menerusi tindakan undang-undang yang sedia ada.

Hari Wesak disambut untuk memperingati beberapa acara penting di dalam kehidupan pengasas agama Buddha,Gautama Buddha. Namun yang lebih utama ialah gesaan terhadap melakukan kebaikan sesama insan dan menjalankan kerja-kerja amal. Ini telah dilakukan dengan baik oleh penganut-penganut agama Buddha di Malaysia.

Sempena hari Wesak pada tahun ini, saya harap semua penganut agama Buddha di Malaysia akan berusaha untuk mempereratkan lagi hubungan antara kaum dan menguatkan semangat perpaduan dan cintakan negara di samping menyumbang terhadap pembangunan dan kesejahteraan negara kita.

YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved