Sabtu, 10 Mei 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


ATM guna anjing perang kawal sempadan di Rantau Panjang

Posted: 10 May 2014 02:02 AM PDT

PASIR MAS 10 Mei - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini menggunakan khidmat beberapa 'anjing perang' yang ditempatkan di beberapa lokasi strategik di pangkalan haram utama Rantau Panjang di sini bagi mengawal sempadan negara.

Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Sempadan, Left. Kol. Md. Mustakim Ahamad Saluti berkata, khidmat beberapa anjing dari baka 'Labrado' itu bermula awal bulan lepas yang merupakan kali pertama diperkenalkan pasukan keselamatan itu.

"Kita letakkan pasukan anjing perang itu di beberapa pangkalan haram di Mundok, Gergaji, Ibrahim Pencen dan Pos Ular yang merupakan laluan utama terutama pendatang tanpa izin," katanya pada sidang akhbar di Pos Tok O di sini, hari ini.

Beliau berkata, sejak adanya unit anjing perang itu, kemasukan pendatang asing dan penyeludupan barangan semakin terkawal.

Katanya, beliau percaya pihak terbabit bagaimanapun cuba menggunakan laluan lain di sepanjang Sungai Golok namun pasukan tentera dan agensi keselamatan lain sudah bersedia mengawal laluan itu. - BERNAMA

Keupayaan Esscom perlu ditambah baik - Shafie Apdal

Posted: 10 May 2014 01:35 AM PDT

KOTA TINGGI 10 Mei - Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) yang diwujudkan untuk menangani isu keselamatan di timur Sabah perlu dikekalkan dan ditambah baik biarpun dilemparkan pelbagai kritikan berikutan kes penculikan warga China Selasa lepas, kata Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga anggota Parlimen Semporna itu berkata, keupayaan Esscom untuk membanteras kegiatan penculikan dan aktiviti jenayah yang lain di pantai Timur Sabah perlu dipertingkatkan.

"Kita berharap Esscom dapat diberi sokongan. Saya kesal kerana benda ini (penculikan) berlaku berulang kali dan saya telah pun berulang kali berkata supaya tindakan tegas dikenakan terhadap anasir ini walaupun mereka mempunyai hubungan kekeluargaan dengan negara jiran, itu bukan alasan," katanya hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Surat Tawaran Rumah Fasa 2 dan Pecah Tanah Rumah Mampu Milik Fasa 3 di Kampung Tersusun Tuan Sheh, Tanjung Sedili di sini.

Mohd. Shafie yang merasa amat kesal dengan kejadian penculikan warga China, Yang Zailin di Pulau Baik, Lahad Datu 6 Mei lepas berkata demikian ketika mengulas kenyataan beberapa pihak yang mahukan Esscom dibubarkan dan tugasnya diambil alih oleh Majlis Keselamatan Negara. - BERNAMA

Tindakan tegas terhadap sindiket nikah ekspres

Posted: 10 May 2014 01:24 AM PDT

YAN 10 Mei - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berharap pemantauan dan tindakan tegas diambil terhadap individu yang terlibat dengan sindiket nikah ekspres kerana aktiviti itu memberi kesan sangat besar kepada institusi kekeluargaan.

Katanya, paling dibimbangkan adalah soal kesahihan pernikahan itu, yang memerlukan tindakan segera pihak yang terlibat dengan soal agama Islam terutama di negeri-negeri.

"Saya dah teliti hal berkaitan pernikahan seperti ini di Kedah. Yang paling bimbang soal kesahihan pernikahan, soal sah atau tidak.

"Kalau tak sah implikasinya cukup besar dari sudut hukum," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan ulang tahun ke-100 Sekolah Kebangsaan Sungai Limau di sini hari ini.

Jamil Khir berkata, ramai yang tidak menyedari tindakan mereka itu salah dari segi hukum dan hanya menyedari apabila sijil nikah mereka tidak dapat dikeluarkan.

"(Akibatnya) anak yang dilahirkan tak boleh didaftarkan sama ada kelahiran atau untuk dibinkan. Ada kesan...tak dapat belajar, tak boleh dapat IC (kad pengenalan), nak dapat harta warisan," katanya.

Baru-baru ini, Jawatankuasa Badan Bertindak Anak-anak Kariah Masjid Tunku Abdul Rahman Putra di Kuala Kedah dekat sini, membuat laporan polis berhubung dakwaan terdapat sindiket nikah poligami di masjid itu sejak beberapa tahun lalu. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved