Isnin, 28 April 2014

Utusan Online - Megabait


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Peranti berkuasa

Posted: 27 Apr 2014 11:43 PM PDT

Oleh NOOR DIANA AZIS

MASIH hangat memperkatakan mengenai Kongres Mobile Sedunia 2014 di Barcelona baru-baru ini, Lenovo tidak ketinggalan untuk memperkenalkan rangkaian generasi berikutnya telefon bimbit pintar dalam Siri S.

Mempamerkan S860, S850 dan S660, ketiga-tiga peranti ini menggabungkan elemen reka bentuk licin berkilat dengan prestasi empat teras serta ciri baru seperti hayat bateri yang mampu bertahan lebih lama khusus untuk pengalaman mudah alih menyeluruh.

Seperti S860, peranti mudah alih berukuran 5.3 inci ini memberikan produktiviti memberangsangkan sepanjang hari dan amat sesuai buat pengguna dalam golongan profesional manakala S850 menawarkan set fesyen menarik dan bergaya.

S660 pula berukuran 4.7 inci dan merupakan telefon bimbit pintar yang disasarkan kepada mereka menitikberatkan penggunaan aplikasi media.

Ketiga-tiga Siri S ini dilihat memenuhi permintaan pengguna menerusi kelengkapan yang ditawarkan seperti pemproses MTK empat teras serta kuasa sistem operasi Android 4.2.

Tidak hanya bermegah dengan ciri-ciri tersebut, ketiga-tiga model ini dilengkapi dengan kuasa hayat bateri lebih lama di samping fungsi rakaman gambar kasar dengan julat aplikasi DOit Lenovo.

Lebih menarik, rangkaian peranti ini turut dilengkapi dengan keupayaan menampung dual SIM serta kamera depan bersudut luas di samping kamera belakang yang dipersiapkan lampu denyar bagi rakaman gambar yang mengagumkan.

Menurut Naib Presiden Eksekutif Kumpulan Pernigaaan Mudah Alih Lenovo, Liu Jun, siri telefon pintar S melengkapkan julat penuh peranti mudah alih yang mampu dimiliki pengguna seluruh dunia.

Pelanggan merupakan keutamaan kami dan mereka mahukan peranti yang berprestasi tinggi di samping memenuhi gaya dan keperluan mereka menerusi aplikasi sedia ada," katanya.

Ketiga-tiga model ini akan berada di pasaran negara pada Jun dengan harga pengenalan bermula RM799 hingga RM1999.

Bagi mereka yang ingin dapatkan maklumat lanjut boleh layari laman web www.lenovo.com.

Televisyen melengkung Samsung

Posted: 27 Apr 2014 11:43 PM PDT

Oleh NOOR DIANA AZIS

DALAM usaha memenuhi kehendak pelanggan yang sentiasa mahukan pembaharuan, Samsung Malaysia Electronics (Samsung) kini kembali menguatkan barisan televisyen pintar keluarannya.

Menyediakan pengalaman menonton berbeza serta gaya lebih mewah, Samsung kali ini memperkenalkan televisyen Curve UHD kepada pelanggan.

Televisyen UHD berukuran 65 inci ini diperhebatkan dengan ciri Soccer Mode yang memberi pengalaman menonton perlawanan bola sepak seperti berada di stadium.

Menurut Presiden Samsung Malaysia Electronic, Lee Dong Yong, produk yang pertama seumpamanya ini turut didatangkan dengan paparan Ultra Clear Panel 65 inci beresolusi 3840 x 2160 dilengakapi fungsi multi skrin.

Curve UHD TV merupakan usaha Samsung dalam memberikan penggunanya pengalaman menonton yang baharu selain menyediakan suasana sebenar seperti menonton perlawanan bola sepak seperti di stadium.

Di samping itu, bentuk fizikalnya yang melengkung memberikan pengguna yang berada dalam radius 180 darjah di hadapan televisyen masih dapat menonton dari sudut yang terbaik sekali gus memberi perbezaan dengan sudut tontonan yang diberikan oleh televisyen biasa," katanya

Belia menyatakan demikian pada majlis pelancaran televisyen Curved UHD di ibu negara baru-bari ini.

Televisyen seberat 26.8 kilogram itu turut dilengkapi pemproses Quad Core Plus yang disokong oleh Aplikasi Samsung bagi memudahkan pengguna menyambung Kit Evolusi.

Curved UHD 65 inci ini akan berada di pasaran pada akhir April dengan harga pengenalan RM 21,999.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai televisyen mewah ini boleh layari laman web www.samsung.com/my atau laman sosial Facebook www.facebook.com/samsungmalaysia.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved