Selasa, 29 April 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


13 pemenang SUPERB terima geran RM500,000

Posted: 29 Apr 2014 03:03 AM PDT

PUTRAJAYA 29 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 13 pemenang geran Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) yang masing-masing akan menerima RM500,000 bagi setiap idea perniagaan yang berkualiti tinggi.

Beliau berkata, sebanyak 25 peserta akhir dipilih dalam siri pertama permohonan geran itu dan hanya 13 yang dipilih menerimanya. - UTUSAN ONLINE

Tindakan tegas kepada kontraktor tidak ikut peraturan keselamatan

Posted: 29 Apr 2014 01:38 AM PDT

KUALA LUMPUR 29 April - Kementerian Kerja Raya akan mengambil tindakan tegas kepada syarikat kontraktor pembinaan yang tidak mematuhi peraturan kesihatan dan keselamatan pekerja di kawasan pembinaan, bermula minggu hadapan.

Menterinya, Datuk Fadillah Yusof berkata, pihaknya akan bergerak aktif untuk memeriksa setiap tapak pembinaan bagi memastikan semua syarikat kontraktor dan pekerja patuh kepada peraturan kesihatan dan keselamatan di kawasan pembinaan.

"Ini merupakan amaran awal kepada semua kontraktor supaya tapak pembinaan mereka mesti sihat dan selamat. Kita akan turun ke lapangan bermula minggu depan dan jika terdapat kontraktor yang tidak patuh, mungkin tindakan tegas akan diambil," katanya dalam Majlis Graduasi Akademi Binaan Malaysia (ABM) 2014 di Dewan Perdana Felda di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Dua pesawat TUDM di Perth kembali ke Malaysia

Posted: 29 Apr 2014 01:22 AM PDT

PERTH 29 April - Dua pesawat C-130 Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual pulang ke Malaysia malam ini selepas pencarian udara bagi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 digantung berikutan pengumuman pencarian di kawasan dasar laut dijalankan secara intensif.

Dua pesawat itu akan berlepas pada 9 malam, manakala sebuah lagi pesawat TUDM C-130 buat sementara waktu ini kekal di sini sehingga dimaklumkan kelak, kata Ketua Skuadron ke-20 TUDM, Mejar Muhammad Jafri Suboh kepada Bernama dan RTM ketika ditemui di pangkalan Pearce, Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) di Bullsbrook di sini.

Muhammad Jafri, yang juga Ketua Detasmen operasi mencari TUDM di sini berkata, 53 kru udara, darat dan bantuan daripada sejumlah 78 personel TUDM yang terbabit dalam operasi akan meninggalkan pangkalan Pearce pada Selasa malam.

"Secara peribadi saya lihat seluruh anggota saya tunjuk tahap komitmen dan dan profesionalisme yang tinggi sama ada anak kapal yang melaksanakan tugas penerbangan mahupun anggota bahagian selenggaraan.

"Mereka bekerja keras 24 jam untuk pastikan kesediaan pesawat untuk terbang," katanya.

Kedua-dua pesawat TUDM itu bersama-sama dengan 53 anak kapal dijangka tiba di pangkalan TUDM Subang sekitar 10 pagi esok.

Pembabitan personel TUDM dalam usaha mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac di Lautan Hindi, bermula pada 29 Mac.

Pada Isnin, Perdana Menteri Australia Tony Abbott memberitahu sidang akhbar di Canberra bahawa misi mencari itu akan memasuki fasa baharu dengan tumpuan diberikan kepada kawasan yang lebih luas di dasar laut.

Keputusan itu diambil antara lain setelah didapati begitu tipis kemungkinan sebarang serpihan pesawat berkenaan akan dijumpai di permukaan laut.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan beberapa buah kapal dari Australia, Malaysia dan China akan meneruskan dengan pencarian maritim dan pesawat udara Australia P3-Orion diletakkan dalam keadaan bersiap sedia.

Mengulas misi keseluruhan TUDM di sini, Muhammad Jafri berkata ia adalah saat-saat membanggakan bagi TUDM dan kru kerana dapat menyertai misi pencarian pelbagai negara ini. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved