Rabu, 30 April 2014

Utusan Online - Agrobiz


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Pencarian Mister Planet

Posted: 30 Apr 2014 12:12 AM PDT

Oleh NURSYAMIMI SAIDI
Gambar ROY AZIS ABD AZIZ

Finalis Mister Planet Malaysia 2015 ketika sidang akhbar sesi pengenalan di Kuala Lumpur, baru-baru.

Sikap acuh tidak acuh terhadap usaha mengekalkan alam sekitar yang bersih, indah dan tidak tercemar, bakal memberi padah kepada penghuni bumi.

Buktinya, hari ini sering berlaku perubahan cuaca melampau, lapisan ozon yang semakin menipis, kesan rumah hijau, banjir kilat, kenaikan suhu global, pencemaran udara dan sebagainya.

Semuanya adalah natijah daripada kealpaan dalam menjaga alam sekitar.

Justeru kesedaran memulihara alam sekitar menjadi sandaran pada pertandingan Mister Planet Malaysia (MPM), bagi melahirkan ikon belia yang mengambil isu alam sekitar secara serius.

Pertandingan pencarian jejaka terbaik ala pertandingan ratu cantik itu, merupakan anjuran Malaysia United Nations Pageants (MUNP).

Pengarahnya, Azman Bosri berkata, atas dasar tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, pihaknya mengetengahkan tema Hutan

Hujan Tropika untuk MPM edisi tahun 2015.

Para peserta akan menjalankan misi berkaitan dengan penjagaan alam sekitar bagi meningkatkan kesedaran dan menggerakkan anggota masyarakat

dalam aktiviti pemuliharaan alam sekitar.

Mereka akan turut diuji kemahiran seperti pemikiran kritikal, penyelesaian masalah, komunikasi dan permuafakatan," katanya dalam sidang akhbar dan sesi pengenalan finalis MPM 2015 di Istana Budaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, selain berpengetahuan luas, peserta haruslah mempunyai ketinggian yang mencukupi seperti yang ditetapkan iaitu 175 sentimeter serta memiliki kemahiran komunikasi yang baik.

Di samping itu, peserta turut dinilai melalui beberapa tahap seperti ilmu pengetahuan, bahasa dan pertuturan, bahasa badan, tahap keyakinan, dan kebolehan berjalan di pentas peragaan.

MPM merupakan pertandingan seperti pencarian ratu cantik tetapi bezanya ia untuk jejaka. Pertandingan ini bukan sekadar mempertaruhkan rupa yang menarik malah mempunyai pengetahuan yang tinggi mengenai isu semasa yang berkaitan penjagaan alam sekitar secara global.

Para peserta turut mendapat pendedahan dalam bidang peragaan memandangkan dunia fesyen lelaki semakin berkembang positif sejak kebelakangan ini," ujarnya.

Katanya, lesen pertandingan itu dibeli daripada syarikat induknya yang beroperasi di Paris, Perancis dan terdapat hampir 50 buah negara di seluruh dunia menyertainya.

Beliau menambah, dengan penganjuran MPM 2015, diharap dapat meningkatkan lagi tahap kesedaran kepada orang awam tentang pentingnya mengekalkan hutan-hutan di Malaysia.

MPM turut bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kelab Pencinta Alam Malaysia, dan Muzium Negara Malaysia.

Pemenang yang dipilih akan mewakili negara ke peringkat dunia di Madrid, Sepanyol pada tahun hadapan.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved