Sabtu, 11 Jun 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Pemain gantian wira Terengganu

Posted:

Pemain gantian wira Terengganu

Pemain gantian wira Terengganu


PEMAIN Terengganu meraikan kemenangan 2-1 ke atas Kelantan pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.


KUALA LUMPUR– Pemain gantian, Ahmad Nordin Alias muncul wira Terengganu apabila gol kemenangannya pada minit ke-109 masa tambahan membawa skuad Putih Hitam itu menjulang Piala FA 2011 dengan menewaskan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir yang dramatik, semalam.

Dia yang masuk menggantikan Ismail Faruqi Ashari, merembat masuk menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat selepas mendapat umpanan tandukan Joseph Kallang Tie daripada satu sepakan sudut sebelah kiri.

Terdahulu perlawanan itu terikat 1-1 selepas 90 minit permainan masa sebenar dengan Kelantan membuka tirai gol menerusi Nurul Azwan Roya pada minit ke-79 sebelum diikat skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim dengan jaringan sendiri Daudsu Jamaludin.

Nurul Azwan menewaskan penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee Ramli menerusi sepakan lambung selepas melakukan larian kencang dan menyambung lorongan bola daripada Shakir Shaari pada minit ke-79.

Ketika perlawanan berlanjutan ke masa kecederaan lima minit dan mencecah penghujungnya dan seolah-olah Kelantan akan merangkul trofi itu kali pertama, anak buah Datuk M. Karathu dikejutkan dengan gerakan Abdul Manaf dari sebelah kanan.

Penyerang Terengganu itu mengutip lorongan bola daripada Ashari Samsudin dari sebelah kanan sebelum menolak menewaskan Khairul Fahmi yang kemudiannya tertanduk ke gawang Kelantan oleh pemainnya, Daudsu.

Kejayaan menjulang trofi pertandingan kalah mati kebangsaan itu sekali gus mengulangi kejayaan Sang Penyu melakukannya buat kali terakhir pada 2000 dengan menewaskan Pulau Pinang menerusi penentuan penalti 4-3.

Menariknya ialah Piala FA kali ini dimenangi jurulatih Terengganu, Irfan Bakti yang secara kebetulan berasal dari Kelantan dan melatih Pulau Pinang yang ditewaskan lawan dalam perlawanan akhir, 11 tahun lalu.

Sebaliknya kekalahan tipis ini langsung meranapkan impian Kelantan untuk menambah koleksi gelaran kedua Liga Malaysia musim ini selepas menjulang Piala Sultan Ahmad Shah dengan menewaskan Selangor 2-0 pada awal tahun.

Kelantan turut terus kempunan Piala FA selepas dihampakan Selangor menerusi penentuan penalti 4-1 juga di Bukit Jalil, dua tahun lalu selepas mereka terikat 1-1.

Perlawanan akhir edisi ke-22 ini turut disaksikan oleh tetamu kenamaan seperti Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin; Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V; Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tan Sri Annuar Musa.

Sementara itu, jurulatih Terengganu Irfan Bakti memuji pemain yang bangkit untuk menenangi perlawanan.

"Pemain berjuang sehingga ke minit akhir (masa sebenar) untuk mencari gol penyamaan dan mengheret permainan ke masa tambahan, seterusnya memenangi perlawanan," katanya.

Jurulatih Kelantan, Karathu pula mengakui jaringan penyamaan pada minit akhir masa kecederaan, melemahkan semangat pemain.

"Apabila permainan berlanjutan ke masa tambahan, adalah sukar untuk pemain mengekalkan semangat seperti masa pada masa sebenar," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Misi mustahil pintas Terengganu

Posted:

Misi mustahil pintas Terengganu

Misi mustahil pintas Terengganu


Pasukan mendayung Terengganu meraikan kejayaan muncul juara dalam kategori Berpasukan Lapan Lelaki akhir acara mendayung pada Sukan Malaysia di Kompleks Sukan Air Preseint 6, Putrajaya semalam.


KUALA LUMPUR – Harapan Terengganu untuk muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia XIV sukar digugat oleh pasukan di tangga kedua, Selangor walaupun masih ada lima emas yang dipertandingkan pada hari terakhir temasya sukan itu , hari ini.

Tambahan tiga emas daripada sukan mendayung semalam, mengukuhkan lagi cengkaman Terengganu di tangga teratas senarai kedudukan pingat dengan 28 emas.

Terengganu tetap tertekan kerana masih dihambat Selangor yang mengungguli hari ke-10 semalam, menerusi

kejayaan membolot enam daripada 15 emas yang ditawarkan.

Dengan itu, Selangor kini memiliki 24 emas, 18 perak dan 27 gangsa.

Namun adalah mustahil untuk Selangor mengejar Terengganu, berdasarkan penyertaan negeri itu dalam acara akhir hari ini hanya melibatkan sofbol wanita dan acara kombinasi renang berirama.

Ini bermakna jumlah maksimum pungutan pingat emas yang mampu diraih Selangor adalah setakat 26 sahaja.

Sedangkan Terengganu berpeluang melebarkan kedudukan selepas menempah tiket dalam dua acara akhir iaitu sofbol lelaki dan wanita.

Lima pingat emas yang dipertandingkan pada hari terakhir hari ini ialah bola baling lelaki dan wanita (2), renang irama (1), sofbol berpasukan lelaki dan wanita (2).

Acara penutup akan berlangsung hari ini yang akan disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di stadium mini MSN di Bukit Jalil, di sini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Kanak-kanak mati ditikam

Posted:

Kanak-kanak mati ditikam

Kanak-kanak mati ditikam

Oleh RAFIDAH YA'AKOB
pengarang@utusan.com.my

SANDAKAN 11 Jun – Seorang lelaki yang hilang sabar dengan bunyi bising anak jirannya, mengamuk dan bertindak menikam tiga beradik dengan senjata tajam mengakibatkan salah seorang daripadanya maut akibat cedera parah.

Dalam kejadian di Flat MPS Karamunting Jalan Batu Sapi, dekat sini pukul 2 petang semalam itu, Ahmad Khir Hadari Awang, 6, dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Duchess Of Kent.

Abang mangsa, Mohd Fadley Syarie Awang, 12, dan Nur Salinah Sahira, 10, masih lagi dirawat di wad berasingan di hospital sama.

Semasa kejadian, Ahmad Khir Hadari bersama kakak dan abangnya serta beberapa ahli keluarga lain sedang berada di dalam rumah mereka di tingkat dua flat berkenaan.

Menurut saksi, seorang lelaki yang tinggal di tingkat satu flat sama tiba-tiba menyerbu masuk rumah itu sebelum bertindak menikam tiga beradik tersebut.

Nur Salinah yang cedera sempat berlari keluar bagi meminta pertolongan daripada orang ramai manakala suspek berusia 20-an pula melarikan diri.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Supritendan Fadzil Mohd. Ali ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, suspek berjaya ditahan ketika bersembunyi di kawasan berdekatan.

Tambahnya, kes tersebut akan disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bapa mangsa, Awang Ahmad yang juga bekas wartawan sambilan Utusan Malaysia berkata, ketika kejadian dia berada di pejabatnya di bandar dan isterinya pula menyelesaikan urusan keluarga.

Menurutnya, dia sama sekali tidak menduga kejadian tragis itu akan berlaku kepada ahli keluarganya hanya kerana perkara kecil tersebut.

"Saya kini sedang mengurus jenazah anak saya untuk dibawa pulang dan dikebumikan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 laporan polis bantah perhimpunan Bersih 2 di ibu negara

Posted:

13 laporan polis bantah perhimpunan Bersih 2 di ibu negara

13 laporan polis bantah perhimpunan Bersih 2 di ibu negara

KUALA LANGAT 11 Jun - Sebanyak 13 laporan polis dibuat iaitu 11 di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat dan Ipoh, Perak semalam dan satu lagi di Jempol, Negeri Sembilan hari ini yang membantah cadangan parti pembangkang untuk mengadakan perhimpunan Bersih 2 di ibu negara, 9 Julai ini.

Di sini, laporan itu dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Langat, Majlis Belia Kuala Langat, Putera Kuala Langat, Pertubuhan Generasi Muda Prihatin Sijangkang, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Kuala Langat dan Pertubuhan Generasi Prihatin Morib.

Turut membuat laporan adalah Gabungan Anak Muda Telok Datok, Persatuan Peniaga Muda Melayu Kuala Langat dan STEP Kuala Langat.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat, Zurihan Yusop berkata, pihaknya kesal dengan cadangan perhimpunan yang mahu dianjurkan itu seperti diumumkan oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sebelum ini.

"Tindakan tersebut boleh dianggap sebagai menghasut rakyat menyertai perhimpunan berkenaan selain membawa pelbagai masalah termasuk menganggu ketenteraman awam serta menjatuhkan imej negara," katanya selepas membuat laporan polis di sini semalam.

Pengerusi Pertubuhan Generasi Muda Prihatin Sijangkang, Jefrizal Mohd. Jaafar pula berkata, laporan polis juga dibuat bagi mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memantau blog-blog yang sedang giat menyebarkan maklumat tentang perhimpunan itu.

Di IPOH, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tapah dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Daerah Batang Padang turut membuat laporan polis berhubung perhimpunan tersebut.

Timbalan Pengerusi Perkasa Daerah Batang Padang, Mazlan Johari berkata, laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah semalam bertujuan mengelak berlakunya sebarang bentuk kekecohan pada perhimpunan tersebut.

Di JEMPOL, seramai 25 orang ahli Jawatankuasa Pertubuhan Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) daerah itu menggesa polis mengambil tindakan segera bagi menghalang perhimpunan Bersih kali kedua yang akan dianjurkan pembangkang di ibu negara 9 Julai ini.

Pengerusi GAGASAN daerah, Azman Talib berkata, demonstrasi berkenaan perlu dihalang bagi mengelak berlakunya situasi yang tidak diingini.

"Perhimpunan itu nanti akan diadakan di tempat umum dan pastinya mengganggu ketenteraman awam. Ia juga akan menjejaskan nama baik negara dan ekonomi kita kepada pelabur luar," katanya yang membuat laporan itu di Balai Polis Rompin hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Anwar punca kemelut politik

Posted:

Anwar punca kemelut politik

Anwar punca kemelut politik

Oleh AZRAN FITRI RAHIM azran.rahim@utusan.com.my

PASIR MAS 11 Jun - Tiga Ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Datuk Zulkifli Noordin tampil buat pertama kali di atas satu pentas untuk memberikan penjelasan mengenai isu-isu semasa terutama membabitkan kemelut politik yang melanda masyarakat Melayu dan umat Islam di negara ini.

Ceramah perdana yang dianjurkan Pusat Khidmat Membela Rakyat (PKMR) Pasir Mas itu diadakan di dua tempat iaitu di Kampung Pohon Rawa dan Chetok di sini bagi memastikan rakyat di kawasan tersebut mendapat maklumat tepat dan benar daripada ketiga-tiga penceramah yang pernah bekerjasama dengan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bagaimanapun, ceramah tersebut bermula agak lewat disebabkan hujan lebat sejak petang.

Ketiga-tiga mereka bersetuju masalah yang melanda masyarakat Melayu dan umat Islam hari ini sehingga menyebabkan perpecahan besar, berpunca daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu cita-citanya menjadi Perdana Menteri tercapai.

Ibrahim Ali berkata, Pas perlu mengkaji kembali hubungannya dengan Anwar memandangkan pemimpin itu mempunyai terlalu banyak tuduhan, termasuk yang terbaru berkaitan video seks.

Secara menyindir, beliau berkata, walaupun pemimpin Pas mendakwa tidak menonton video itu tetapi mereka telah berani membuat 'fatwa' sendiri bagi mempertahankan Penasihat PKR itu.

Zulkifli pula yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, menyifatkan Anwar sebagai pembohong besar dan akan melakukan apa saja untuk mencapai cita-citanya itu.

"Keraguan saya terhadap Anwar bermula pada kes Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Sebagai peguam saya mengambil kes atas dua asas pertama iaitu saya percaya dia tidak melakukan dan kedua, saya mempunyai pembelaan yang kuat. Kes liwat pertama dulu saya bersama peguam-peguam bela yang lain percaya kami mempunyai pembelaan yang kuat kerana ia berlaku terlalu lama sebelum dituduh.

"Tetapi bagi kes Saiful ia terlalu dekat, ditambah pula dengan sumpah laknat. Keraguan ini bertambah jelas dalam isu kalimah Allah. Anwar bersetuju kalimah Allah digunakan oleh orang kafir sebab mahu menarik undi orang bukan Islam. Bagi saya itu satu penghinaan yang jelas terhadap Islam," katanya ketika menyampaikan ceramah tersebut.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain berkata, Anwar sanggup mempertahankan sahabat-sahabatnya daripada DAP biarpun tindakan mereka menindas masyarakat Melayu dan Islam.

"Saya dipecat kerana mempertikai kerja-kerja yang dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Apabila saya beritahu Anwar tentang kerja-kerja DAP yang menindas orang Melayu dan Islam, saya pula yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti kerana bagi dia, DAP amat penting dalam menarik sokongan bukan Islam.

"Anwar memang luar biasa, kalau orang macam saya saja kena tipu tidak apa. Tetapi Presiden Amerika dan Presiden Turki pun kena kelentong dengan dia. Dengan kita dia cakap lain, depan orang lain dia cakap lain. Contoh paling mudah, 16 September, sampai hari ini tidak ada apa," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pas menunggu kehancuran

Posted:

Pas menunggu kehancuran

Pas menunggu kehancuran

PASIR MAS 11 Jun - Pas disifatkan sebagai sebuah parti yang sedang menunggu masa untuk hancur disebabkan pembawaan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak mendapat sokongan padu daripada semua ulama serta golongan akar umbi.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Abdul Hadi kini telah terpengaruh dan terpaksa mengikut kehendak golongan 'Anwarinas' bagi memastikan Pas relevan dalam pembangkang biarpun menggadai dasar perjuangan parti itu untuk menubuhkan negara Islam.

Beliau berkata, gaya kepimpinan dan dasar perjuangan Abdul Hadi sebenarnya amat berbeza dengan golongan 'Anwarinas' yang hanya mahukan kuasa dan memperjuangkan idola mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

"Saya percaya yang membawa isu ini adalah pemimpin Pas tetapi di bawah (keadaan) kucar-kucir, pemimpin di peringkat bawah dan ahli berasa keliru, ini bermakna Anwar berjaya mempengaruhi pemimpin Pas tetapi tidak pada akar umbi.

"Bagi saya Pas satu parti yang sedang menunggu kehancuran. Dia boleh sorak menang tetapi kalau kampung tergadai apa gunanya, ini yang berlaku kepada Pas hari ini," katanya selepas Ceramah Perdana Berkembar Parlimen Pasir Mas di Kampung Pohon Rawa di sini malam tadi.

Ceramah Perdana itu disertai tiga Ahli Parlimen Bebas iaitu Zahrain, Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Noordin. Ia diadakan bagi memberikan penjelasan mengenai isu-isu semasa terutama membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zahrain yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang berkata, kedudukan Abdul Hadi sebagai Presiden juga goyah kerana kumpulan tersebut sedang menunggu masa untuk mengambil alih kepimpinan parti itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Jangan pilih bulu salur bantuan - MB

Posted:

Jangan pilih bulu salur bantuan - MB

Jangan pilih bulu salur bantuan - MB

Oleh ALI MAHMOODutusanpahang@utusan.com.my


ADNAN Yaakob (kanan) bertanya sesuatu kepada peneroka, Mahad Ismail (tengah) mengenai punca kejadian kaki dan tangannya yang reput dan kudung sejak dua tahun lalu di rumahnya di Felda Chemomoi, Bentong, kelmarin. - UTUSAN/ALI MAHMOOD


BENTONG 11 Jun - Semua ketua kampung dan pemimpin masyarakat diingatkan agar tidak sesekali memilih bulu semasa menyenaraikan nama golongan sasar untuk mendapatkan bantuan kerajaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, keciciran nama-nama penduduk miskin, orang kelainan upaya (OKU), penghidap penyakit kronik, anak yatim dan warga emas yang layak menerima bantuan tidak sepatutnya berlaku.

Katanya, kerajaan sebenarnya tidak pernah mengamalkan sikap pilih kasih atau mengira fahaman politik, kaum, agama dan budaya semasa mengagih bantuan tersebut kepada golongan yang layak.

"Mereka yang tercicir atau terlepas pandang akan berkecil hati jika tidak diberi bantuan dan ia boleh menjejaskan sokongan mereka kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya harap ketua kampung dan pemimpin masyarakat lebih berhati-hati semasa menyenaraikan nama penduduk yang layak menerima bantuan tanpa meminggirkan golongan yang layak kerana tidak sebulu dengan pimpinan atau berlainan fahaman politik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jejak Aspirasi dan Sepetang Bersama Pemimpin di Felda Sungai Kemahal, dekat sini semalam.

Menurut Adnan, kerajaan tidak meletakkan sebarang syarat tertentu bagi membantu golongan terbabit asalkan mereka layak dan perlu disenaraikan untuk menerima bantuan.

Sehubungan itu, beliau berharap ketua kampung dapat menyenaraikan semula nama-nama mereka yang tercicir dan terlepas pandang sebelum ini untuk menerima bantuan pada masa akan datang.

Adnan memberitahu, peruntukan yang disalurkan untuk membantu golongan sasar itu datang daripada wang rakyat yang membayar cukai dan hasil termasuk tanah, air, royalti balak dan lombong.

Dalam perkembangan lain, beliau mengingatkan peneroka Felda tidak menerima secara membabi-buta fitnah pembangkang sama ada melalui blog, akhbar atau ceramah.

"Peneroka perlu kaji dan tapis terlebih dahulu sebarang fitnah dan dakwaan pembangkang itu.

"Sudah menjadi rutin kerja pembangkang menabur memfitnah, membohong sedangkan mereka dalam pakatan pembangkang tidak sekata berbanding Barisan Nasional (BN)," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

8 NGO buat laporan polis bantah Bersih

Posted:

8 NGO buat laporan polis bantah Bersih

8 NGO buat laporan polis bantah Bersih

KUANTAN 11 Jun - Lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di daerah ini dan Pekan membuat laporan polis berhubung perhimpunan Bersih yang akan dianjurkan oleh pembangkang di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

Daripada jumlah itu, tiga laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan manakala lima di IPD Kuantan dengan masing-masing pada pukul 2.30 petang dan 4 petang semalam.

Di IPD Pekan, kira-kira 10 wakil Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Belia 4B Pekan membuat laporan polis kerana menyifatkan tindakan pembangkang itu mencabar perundangan negara.

Pengerusi MAYC Pekan, Asmayudim Uyub berkata, laporan itu sebagai bantahan sekeras-kerasnya terhadap penganjuran perhimpunan Bersih Kedua yang dianggap akan mewujudkan huru-hara.

"Tindakan pembangkang itu dilihat tidak lebih daripada mahu menunjukkan kuasa selain untuk mendesak kerajaan menghapuskan beberapa akta dalam perundangan yang hanya memberi kesan negatif kepada keamanan negara.

"Malah perhimpunan itu akan menyusahkan semua pihak terutama masyarakat kerana mereka seolah-olah mahu mencabar perundangan negara," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan IPD Pekan, dekat sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Pengganas mahu racun polis

Posted:

Pengganas mahu racun polis

Pengganas mahu racun polis

JAKARTA 11 Jun – Indonesia menahan lapan suspek pengganas yang berkomplot untuk meracun pasukan polis secara besar-besaran.

Menurut seorang anggota skuad antipengganas Indonesia yang enggan dikenali, enam suspek pengganas itu ditahan lewat semalam di Jakarta selepas dua daripada anggota kumpulan itu ditahan di bandar Pekalongan, Jawa Tengah, kelmarin.

"Mereka merancang untuk menyerang anggota polis dengan meracun makanan di kantin pejabat polis," kata sumber itu.

Laman web berita Tempo yang memetik seorang pegawai polis kanan yang enggan dikenali berkata, suspek merancang untuk mengunakan racun sianida.

Ibu pejabat polis Indonesia bagaimanapun sehingga kini masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung penangkapan itu.

Sejak beberapa bulan ini, polis menahan berpuluh-puluh suspek militan yang bertanggungjawab dalam insiden baru-baru ini, termasuk bom buku yang dihantar kepada pegawai antipengganas dan tokoh Islam sederhana. – AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Vietnam terima campur tangan asing

Posted:

Vietnam terima campur tangan asing

Vietnam terima campur tangan asing

HANOI 11 Jun - Vietnam mengalu-alukan usaha komuniti antarabangsa termasuk Amerika Syarikat (AS) untuk membantu meredakan ketegangan di Laut China Selatan.

Kenyataan itu dibuat selepas ketegangan memuncak antara Vietnam dan China berhubung pertikaian maritim di kawasan itu.

Ia juga ekoran sebuah syarikat negara ini yang bertanggungjawab mempromosikan keamanan maritim memberitahu tentera laut merancang mengadakan latihan peluru hidup di luar perairan itu Isnin ini.

Vietnam dan China saling menuduh melanggar kedaulatan sejak beberapa minggu lalu dan walaupun pertempuran tentera dilihat mungkin tidak akan berlaku, ia akan menyukarkan hubungan diplomasi dan telah menarik perhatian AS.

Ditanya berhubung peranan yang mungkin diambil oleh AS, jurucakap Kementerian Luar Vietnam, Nguyen Phuong Nga berkata, mengekalkan keamanan, kestabilan dan keselamatan maritim di Laut China Selatan.

"Namun setiap usaha oleh komuniti antarabangsa untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di perairan itu harus mengikut syarat-syarat Vietnam," katanya.

Laman web vms-north.vn semalam memberi amaran kepada kapal-kapal supaya tidak memasuki kawasan latihan tentera laut di perairan itu, kira-kira 40 kilometer dari pekan Hoi An, Isnin ini.

"Semua kapal dinasihatkan supaya tidak memasuki kawasan itu ketika latihan diadakan dari pukul 8 pagi hingga 12 tengahari (9 pagi hingga 1 petang) dan dari pukul 7 petang hingga 12 tengah malam (8 petang hingga 1 pagi waktu Malaysia)," lapor laman web itu.

Kementerian Luar Vietnam bagaimanapun enggan mengesahkan atau memberikan butiran mengenai latihan tersebut. - REUTERS

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Kasihan Kak Yan

Posted:

Kasihan Kak Yan

Kasihan Kak Yan

Lama Joyah tak dengar cerita mengenai primadona kita, Azean Irdawaty. Baru-baru ni, ada teman Joyah sampaikan perkhabaran mengenai Kak Yan. Sedih Joyah dengar.

Mana taknya, kata teman Joyah, hidup Kak Yan sekarang makin susah, macam-macam terjadi termasuklah masalah kesihatannya semakin merosot.

Kesukaran yang dialami Kak Yan lebih parah bila Joyah dengar dia kesempitan wang lebih-lebih lagi bila dah tak ada sangat tawaran berlakon sekarang.

Sampaikan dia terpaksa bertanya kalau-kalau ada job untuk sehari dua yang mana terdaya dia boleh buat. Walhal Joyah tahu benar, Kak Yan dah tak sekuat dulu lagi.

Bukan apa, semuanya kerana dia terpaksa menanggung kos perubatan dia dan anak lelakinya, Benjy yang semakin meningkat.

Lagi satu, Joyah difahamkan, Kak Yan juga terpaksa berulang alik dari Kuantan ke Kuala Lumpur sejak Mac lalu disebabkan kes perbicaraan anaknya yang belum selesai.

Kadang-kadang, dalam masa sebulan dua tiga kali jugalah ke Kuantan. Jadi faham-fahamlah, kalau dah berulang alik semuanya pakai duit, mana nak cari kalau tak bekerja? Belum sentuh lagi pasal nak bayar peguam untuk kes Benjy, bil hospital, makan minum itu ini. Semuanya atas kepala Kak Yan belaka.

Joyah tumpang simpati pada Kak Yan. Satu perkara lagi yang Joyah nampak, lumrah ibu, pengorbanan mereka untuk anak tiada galang gantinya.

Biarpun si ibu tak berdaya mana, tapi jiwa dan hatinya tidak sanggup melihat dan membiarkan anaknya susah atau sakit.

Joyah nak mintak tolong jugalah, mana-mana pihak yang sudi menghulurkan bantuan pada Kak Yan dari apa sudut sekali pun. Mungkin hari ini hari dia, mana tahu bantuan anda dapat ringankan beban dia. Dapat pahala lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Benih yang baik, campak ke laut jadi pulau

Posted:

Benih yang baik, campak ke laut jadi pulau

Benih yang baik, campak ke laut jadi pulau

EMPAT tahun sudah, ketika itu saya sedang sarat mengandung, kejadiannya di Pulau Pinang sewaktu kami menghadiri Festival Filem Malaysia.

Dalam perut yang memboyot itu, Datuk Yusof Haslam yang menjadi Ketua Juri pertandingan menegur.

"Along, awak ni, larat lagi ke berjalan jauh ni? Jangan nanti bersalin kat tengah jalan pula," katanya sambil bergurau, menjentik emosi saya dan teman-teman yang turut bersama.

Dia selalu nampak serius tetapi malam itu Yusof banyak sekali berbicara dengan kami. Sehingga hanya tinggal saya dan teman, Saharuddin Mustapha, Yusof kemudian memberitahu kepada kami.

"Tolonglah sokong sikit si Syamsul tu. Saya tengok kerja dia boleh tahan. Tapi, biasalah, budak-budak kadang-kadang susah nak terima nasihat kita, idea dia macam-macam," katanya mengadu perihal bujang kesayangan.

Saya yang mendengar beliau berkata begitu secara jujur terus mencelah. Dalam hati, inilah masanya, kena cakap perkara yang betul tak boleh simpan lagi.

"Masalahnya Datuk, Syamsul tu sombong sikit. Muka dia selalu saja masam, tak mesra dengan orang. Wartawan pun tak kuasa nak layan dia sebab nampak macam dia tak perlukan media," kata saya.

Saharuddin di sebelah menambah, "Aha, betul tu Datuk. Kalau nak berjaya dia kena ubah perangai. Mesra media, pandai buat PR (komunikasi media) dan rendah diri sikit, barulah boleh pergi jauh."

Yusof kemudian saya lihat terdiam seketika. Agaknya, ini pertama kali orang menegur anak sulungnya itu secara langsung, terus kena atas batang hidung dia. Tetapi kemudian dia berkata "Saya faham tu. Biasalah, dia tu manja dengan isteri saya sangat.

"Tapi tak apalah, balik ni saya akan tegur dia. Benda macam ini kita tak boleh diamkan, terima kasihlah sebab cakap dengan saya," katanya.

Dan lama selepas itu saya tidak lagi bercakap dengan jutawan filem itu tentang anak bujangnya. Sehinggalah kes putus cinta dengan Diana Danielle, barulah kami bertemu di rumah agamnya di Taman Melawati.

Sesuatu yang saya lihat, Syamsul ketika itu agak jauh berubah. Dia tidak lagi menyombong, lebih mesra dan banyak bercakap dengan teman-teman media. Rasa peliklah juga kenapa cepat benar dia berubah.

Dan hari ini, Syamsul muncul sebagai pengarah muda yang berjaya. Meskipun baru beberapa filem, dia sudah mula keluar daripada bayang bapanya. Skop Production terus bernafas dengan selesa di tangan Syamsul, pada ketika Yusof sendiri semakin banyak berehat di rumah menemani isteri melayan cucu-cucunya.

Itulah yang dikatakan, kalau benih yang baik, campak ke laut pun boleh menjadi pulau.

Saya mengkagumi Syamsul kerana dia banyak mewarisi sikap bapanya yang penuh dengan disiplin, tegas dan bersemangat. Kehidupannya tidak berlegar dalam dunia kucar-kacir, jauh sekali berparti sana-sini, mabuk-mabuk seperti sebahagian artis muda lain. Malah merokok juga tidak, sama seperti bapanya.

Meskipun pada saat dia menerima Anugerah Pengarah Terbaik di FFM tahun lalu dengan penuh kutukan, Syamsul membuktikan kritikan tidak menjadikannya lemah. Kritikan sebaliknya menjadikan dia semakin kuat dan berjalan terus ke depan.

Kelmarin, saya menerima pesanan ringkas Yusof yang mengatakan filem terbaru Syamsul, KL Gangster mencatat rekod sehingga RM1.5 juta pada hari pertama tayangan. Saya tumpang bangga kerana Syamsul muncul sebagai anak muda Melayu yang menjadi wajah masa depan industri filem kita. Tahniah anak muda!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Melayu-Islam di ambang kehancuran

Posted:

Melayu-Islam di ambang kehancuran

Melayu-Islam di ambang kehancuran

Oleh Zulkifli Noordin

Umat Islam itu umpama lidi, bila ia diikat seberkas, ia menjadi kuat dan boleh menyapu segala sampah yang ada, besar atau kecil, tetapi bila dirungkai menjadi taburan lidi, habuk sebesar hama pun ia tidak mampu membuangnya".

Sebab itu kesatuan, perpaduan dan persaudaraan itu sangat dititik beratkan oleh Islam. Perkara pertama yang Rasulullah SAW lakukan selepas mendirikan Masjid Nabawi semasa peristiwa hijrah ialah menyatukan umat Islam Makkah-Auz-Khazraj menjadi Muhajirin dan Ansar yang bersatu sebagai satu umat - umat Islam.

Bangsa Melayu sangat bernasib baik kerana menjadi satu-satunya bangsa di dunia ini yang dikaitkan dengan agama. Ditakrifkan ciri Melayu sebagai wajib beragama Islam di bawah Perlembagaan Persekutuan. Satu-satunya bangsa yang diperakui agamanya berdasarkan undang-undang.

Namun malang umat Islam bangsa Melayu; yang punya Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab dan Satu Kiblat, tetapi gagal menjadi satu bangsa yang bersatu. Sedangkan Allah jelas menyebut bahawa umat Islam wajib bersatu padu di bawah naungan al-Quran.

Dan yang lebih malang, bukan sekadar tidak bersatu, ada kalangan umat Islam bangsa Melayu yang bersedia menjadi barua bukan Muslim, bukan Melayu semata-mata untuk memenuhi nafsu masing-masing; yang akhirnya menyebabkan bangsa Melayu itu menjadi lemah, lesu dan layu.

Pengkhianatan

Sejarah bangsa Melayu membuktikannya. Kejatuhan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka bukan kerana kekuatan Portugis. Tetapi hanya kerana pengkhianatan bangsa sendiri yang bernafsu mahu menjadi Bendahara. Maka pengkhianat-pengkhianat ini sanggup bersekongkol dengan penjajah. Akhirnya tumbang Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, tidak bangkit-bangkit sehingga hari ini.

Begitu juga kejatuhan kerajaan-kerajaan Melayu di negeri-negeri Tanah Melayu. Ia bukan kerana kekuatan British. Mereka hanya sedikit. Tetapi British pandai mengadu-domba bangsa Melayu, sehingga mencetuskan perang saudara di kalangan orang Melayu.

Akhirnya kerajaan-kerajaan Melayu tumbang, dan British yang jumlahnya terlalu sedikit berjaya berkuasa dan menjajah Tanah Melayu. Bangsa Melayu hanya terlopong menjadi bangsa merempat di negara sendiri.

Kesilapan paling besar yang dibuat oleh bangsa Melayu ialah apabila mereka terlalu ghairah mahu merdeka, mereka sanggup menggadaikan kewarganegaraan Tanah Melayu kepada bangsa asing.

Walaupun ditentang hebat, segelintir Melayu sanggup bersekongkol dengan British dan menerima prinsip "jos soli - hak kewargaan mutlak berdasarkan kelahiran". Dan hak ini diberi berserta dengan hak memiliki tanah, hak menentukan kerajaan pemerintah dan pelbagai hak lain.

Akhirnya, walaupun merdeka dari segi politik, tetapi menjadi hamba tambatan di negeri sendiri. Tepat seperti yang disebut dalam satu hadis Melayu, "menang sorak kampung tergadai!".

Dan kesan daripada itu, bangsa Melayu hari ini membayar dengan harga yang mahal akan kesilapan nenek moyang mereka. Dan hari ini, warisan pengkhianatan dan persekongkolan silam diteruskan oleh bangsa Melayu.

Kita lihat di hadapan mata kita hari ini bagaimana bangsa Melayu menjadi begitu lemah. Bukan sahaja mereka gagal memperkasakan kuasa politik yang sedia ada untuk manfaat dan kebajikan bangsa sendiri, malah hak mereka yang sedia ada pun habis dicabar dan tergadai.

Lihat bagaimana isu biasiswa yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan khas hanya untuk bangsa Melayu, akhirnya bukan sahaja bangsa lain mendapat habuan besar, hak Melayu sendiri terhakis; ramai anak Melayu menangis sepi tidak mendapat hak biasiswanya, dan dinafikan hak pendidikan yang dimaktubkan kepadanya.

Kita lihat pula isu perhimpunan haram yang hendak dibuat pada bulan Julai ini. Ada segelintir bangsa Melayu yang bersedia diperkudakan oleh himpunan haram yang diketuai oleh bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreevanasan. Sedangkan mereka tahu inilah kumpulan yang kuat menentang Islam, penganjur IFC, penyokong kes murtad Lina Joy.

Tetapi demi memenuhi nafsu ghairah kekuasaan, segelintir Melayu ini sanggup menjadi kelkatu yang rela diperkudakan kerana terpukau dengan sinaran palsu kekuasaan. Melayu-Islam menjadi lemah dan rosak akibat "tangan-tangan kotor" mereka sendiri.

Kerana apa? Adakah kerana Melayu tiada kuasa politik? Jawapannya tidak. Hakikatnya kuasa politik Melayu berkuasa mutlak. Kita punya majoriti mutlak dalam Dewan Rakyat. Ahli Parlimen Muslim bangsa Melayu hari ini lebih daripada 130 orang, sudah boleh membentuk Kerajaan Persekutuan bersendirian tanpa perlu bangsa lain.

Dan dengan kuasa mutlak itu, kita bukan sahaja boleh membela dan memperkasakan bangsa Melayu, malah boleh memartabat dan mendaulatkan Islam.

Gagal

Tetapi kenapa itu semua gagal dicapai? Kerana umat Islam bangsa Melayu bukan sahaja tidak bersatu, malah bersedia bersekongkol dengan golongan kafir anti Islam, anti Melayu semata-mata untuk memenuhi nafsu mahu berkuasa. DAP tidak kuat. MCA tidak hebat. Gerakan tidak mantap. MIC tinggal nama.

Yang hebatnya UMNO, yang gagahnya Pas. Tetapi dek kerana sikap pengkhianatan dan persekongkolan songsang, kehebatan menjadi kebejatan, kegagahan menjadi kedayusan.

Malah ada yang sanggup menjual roh perjuangannya, tunduk kepada tuntutan rakan sekongkol. Akhirnya menjadi parti 'mayat hidup', tinggal nama tanpa roh perjuangan.

Lihat apa yang terjadi di Iraq, Afghanistan, dan sekarang Libya. Kerana nafsu segelintir yang mahu berkuasa, mereka sanggup bersekongkol dengan kafir untuk menjahanamkan negara sendiri. Akhirnya menderita, yang sengsara, yang merempat ialah umat Islam bangsa sendiri.

Lihat apa yang terjadi di Syria. Hanya kerana keghairahan mahu berkuasa, mereka sanggup merosakkan negara, menyebabkan kerajaan dan Angkatan Tentera Syria sibuk mempertahankan negara. Dan kesempatan itu diambil oleh Israel zionis laknatullah untuk membunuh dan menyembelih umat Islam Palestin di sempadan Golan-Syria!

Wahai umat Islam bangsa Melayu! Bangkitlah! Sedarlah! Kamu sedang menjadi kaum yang "self-destructive" menghancurkan diri sendiri. Jangan ulangi kesilapan silam.

Jangan diwarisi sikap pengkhianatan dan persekongkolan songsang ini. Kita sebenarnya kuat. Kita sebenarnya hebat. Kita sebenarnya gagah.

Apa yang penting sekarang semua wadah dan platform umat Islam bangsa Melayu, sama ada parti politik, NGO, pertubuhan atau individu-individu berpengaruh; wajib duduk satu meja dan mengadakan muzakarah dan perbincangan untuk memperbetulkan saf dan hala tuju perjuangan umat Islam bangsa Melayu.

Saya cadangkan diadakan Himpunan Melayu-Islam bagi tujuan mencari satu 'formula menang-menang' bagi memartabat, memperkasa dan membela agama dan bangsa.

Di mana sebenarnya kekuatan bangsa Melayu? Pada ekonominyakah? Atau kekayaannyakah? Sebenarnya kekuatan Melayu terletak kepada huruf "Mim" - Mim Lam Alif Ya Wau - Melayu. Tanpa huruf "Mim" bangsa ini akan jadi "Layu".

Oleh itu, formulanya mengembalikan kekuatan dan keperkasaan Melayu hanya satu. Survival bangsa Melayu hanya satu. Bersatu, berpadu di bawah naungan al-Quran.

Persoalan besar yang perlu ditanya oleh umat Islam bangsa Melayu hari ini ialah adakah Melayu mahu hidup hanya untuk berpolitik, atau Melayu mahu berpolitik kerana agama dan bangsa? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing.

Jangan nanti kita menjadi hanya sebatang lidi yang tidak mampu berbuat apa-apa. Tetapi ikatlah lidi-lidi menjadi seberkas penyapu yang kuat, dan dengan penyapu itu umat Islam bangsa Melayu boleh menyapu semua sampah yang boleh menganggu gugat umat dan bangsa. Jika tidak, anasir luar akan dengan mudah mematah-riukkan kita menjadi hancur dan lebur.

Yang baik datang dari Allah, yang tidak kelemahan saya sendiri. Semoga Allah mengampunkan kita, dan memberi kekuatan ukhwah serta istiqomah demi kesinambungan umat Islam bangsa Melayu di dalam negara Tanah Melayu ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mereka hanyalah pewaris nabi palsu

Posted:

Mereka hanyalah pewaris nabi palsu

Mereka hanyalah pewaris nabi palsu

Oleh Maulana Arif

SEMUA nabi membawa tugas yang sama, iaitu menyeru manusia supaya menyembah Tuhan Yang Esa dan tidak menyekutukan-Nya dengan apa jua pun. Inilah yang dinamakan iman yang menjadi asas kepada semua agama yang diredai-Nya.

Mereka adalah daripada pelbagai latar belakang. Nabi Muhammad SAW asalnya peniaga. Nabi Daud AS dan anaknya Nabi Sulaiman AS adalah raja, manakala yang lain-lain adalah peniaga, peternak dan petani. Apa jua status sosial mereka, sama ada kaya atau orang biasa, tugas utama mereka ialah berdakwah kepada manusia supaya menyembah dan mentaati Allah SWT.

Ada yang membawa syariat baru dan ada yang sekadar meneruskan syariat lama. Syariat mungkin berbeza, tetapi asasnya tetap sama. Sembah dan taatlah kepada Allah SWT, serta janganlah menyekutukannya. Itulah iman.

Ada yang mempunyai ramai pengikut dan ada juga yang boleh dibilang dengan jari sahaja orang yang beriman kepada seruan mereka. Tugas mereka hanyalah berdakwah dan Allah jua yang menentukan kejayaan mereka. Allah tidak menetapkan angka sebagai ukuran kejayaan sebagaimana manusia moden pada hari ini berpandukan Petunjuk Utama Prestasi (KPI).

Kisah sebilangan nabi-nabi ini diwahyukan dalam al-Quran sebagai teladan kepada umat Muhammad khasnya, dan manusia amnya.

Betapa Nabi Nuh AS berdakwah selama lebih 900 tahun, tetapi hanya mempunyai 80 pengikut yang beriman dan akhirnya menaiki bahtera bersamanya untuk menyelamatkan diri apabila Allah menurunkan banjir yang dikatakan paling besar dalam sejarah dunia. Malah anak Nabi Nuh sendiri tidak menyahut seruan keimanan bapanya, lalu turut mati lemas.

Nabi Yunus AS pula terlalu kecewa apabila tidak seorang pun kaumnya mahu beriman. Beliau merajuk, lalu meninggalkan kaum dan kampung halamannya. Akhirnya Nabi Yunus ditelan oleh ikan besar setelah kapal yang membawanya dalam pelayaran dipukul

ribut, lalu dia terpilih melalui undian supaya terjun ke laut untuk meringankan muatan kapal yang hampir karam kerana terlampau sarat.

Di dalam perut ikan besar Nabi Yunus baru tersedar bahawa dia telah melakukan kesalahan kerana meninggalkan kaumnya setelah terlampau kecewa dakwahnya tidak mendapat sambutan. Lalu beliau bertaubat dan berdoa ''Laila hailla antasubhanaka inni kuntu minazalimin."

Dengan izin Allah, Nabi Yunus dimuntahkan dari mulut ikan dan akhirnya selamat kembali kepada kaumnya. Hasil dakwah fasa kedua, Nabi Yunus berjaya mengimankan kira-kira 100,000 orang kaumnya.

Nabi Muhammad juga pernah merasa kecewa kerana dakwahnya di Mekah tidak membawa hasil yang setimpal dengan usahanya, tetapi tidaklah baginda patah hati sampai meninggalkan kaumnya seperti Nabi Yunus. Baginda terus berdakwah selama 13 tahun di Mekah sehinggalah baginda diperintahkan berhijrah ke Madinah, di mana dakwahnya berterusan selama 10 tahun sebelum baginda wafat. Kemudian Islam berkembang pesat sehingga akhirnya tersebar ke seluruh dunia.

Iktibar daripada kisah-kisah nabi ini ialah kita mesti beristiqomah (tetap pendirian dan tindakan) dalam perjuangan mengembang dan memperkukuh agama yang diredai Allah. Angka atau hasil berbentuk fizikal tidak menjadi matlamat kerana ia urusan Allah.

Nabi Muhammad tidak pernah berganjak sekalipun ditawarkan dengan pangkat, kuasa dan kekayaan oleh kaum Quraish supaya menghentikan dakwahnya. Malah baginda terus berdakwah sekalipun ditekan, dihina, diejek dan akhirnya hampir dibunuh.

Inilah sikap pejuang agama yang tulen. Pada hari ini kita dapat menilai siapa pejuang Islam sebenar di Malaysia. Adakah mereka dari kalangan yang berserban, berjubah, berkopiah dan gemar memekik Allahuakbar? Lihatlah betapa rapuhnya semangat perjuangan mereka.

Mereka menetapkan kuasa memerintah negara sebagai KPI mereka. Kononnya untuk mendaulatkan pemerintahan Islam. Bagi mereka ini, apa jua yang kerajaan sedia ada buat adalah tidak Islam.

Setelah berpuluh tahun berjuang dan masih gagal untuk memerintah negara bagi mendaulatkan Islam, mereka lalu mengubah haluan. Tiba-tiba mereka mengatakan al-Quran tidak menggariskan corak pemerintahan Islam. Lalu mereka melaungkan bahawa yang ada ialah pemerintahan negara kebajikan. Bagi mencapai cita-cita menegakkan negara kebajikan, mereka bersekongkol dan tunduk kepada puak yang terang-terang memusuhi Islam dan puak yang diragui pegangan agama mereka.

Apakah mereka tidak belajar apa-apa daripada perjuangan para nabi yang dikisahkan dalam Quran? Adakah Nabi Muhammad berjaya membentuk masyarakat beriman dan menegakkan Islam dengan matlamat menubuhkan kerajaan? Tidak fahamkah mereka bahawa di akhirat kelak kita akan ditanya apakah yang telah kita buat semasa hidup di dunia? Kita tidak akan ditanya sama ada kita telah berjaya membentuk kerajaan Islam atau tidak. Atau ditanya berapa ramaikah rakyat Malaysia memakai kopiah dan suka bertempik ''Allahuakbar'' hasil perjuangan kita.

Mereka ini berjubah dan berserban kononnya mengikut sunah rasul. Dengan ijazah-ijazah pengajian agama yang dimiliki, mereka berasa merekalah pewaris nabi. Mereka sahajalah yang berhak bercakap soal agama. Sombong sungguh mereka ini. Disebabkan kesombongan mereka, Allah telah mendedahkan siapa sebenar mereka ini. Sekarang mereka pula yang dipimpin oleh orang-orang yang tidak memakai serban dan jubah. Apa lagi yang mereka mahu?

Di Malaysia yang penduduknya hanya kira-kira 60 peratus Muslim, sudah lama diinstitusikan agama Islam. Kita ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Islam. Kita ada Jabatan Kemajuan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri, mufti, kadi, Majlis Hal Ehwal Agama Islam, universiti Islam, sekolah rendah dan menengah agama, tadika Islam, kelas KAFA, Baitulmal, perbankan Islam dan piawaian halal. Pelbagai sudah dibuat untuk umat Islam.

Bandingkan Malaysia dan Indonesia, negara yang mempunyai paling ramai penduduk Islam di dunia. Adakah Indonesia yang dikatakan rakyatnya lebih 90 peratus Muslim menginstitusikan agama Islam sebagaimana di negara kita? Raja kita orang Islam. Perdana Menteri dan timbalannya juga orang Islam. Apa lagi yang tidak Islam? Dulu mereka berkata, undang-undang kita tidak Islam. Kita mesti laksanakan hukum hudud yang boleh menyebat penzina 100 kali atau merejam sampai mati.

Apakah di bawah negara kebajikan akan wujud hukum hudud terhadap penzina yang memerlukan empat saksi dari kalangan orang beriman? Kalau video pun tidak diterima sebagai bukti, mudahkah mahu mendapatkan empat saksi orang beriman. Yang pakai kopiah memang ramai, tetapi pastikah mereka ini orang beriman?

Usahkan berzina, malah orang beriman tidak mengumpat, tidak sombong, tidak memfitnah, tidak melemparkan gelaran buruk terhadap orang lain. Malah tidak bersahabat dengan syaitan, tidak bermuafakat dengan orang munafik dan kafir yang memusuhi Islam.

Ketahuilah bahawa undang-undang Islam hanya boleh ditegakkan di kalangan orang-orang beriman. Orang beriman, sekalipun terlanjur melakukan zina, mereka akan mengaku salah dan bertaubat. Mereka lebih takutkan Allah dan hukuman di akhirat daripada hukuman dunia. Tanpa paksaan dan penguatkuasaan, undang-undang Islam pasti wujud dalam setiap jiwa yang beriman. Maka serulah diri kita dan orang lain supaya beriman dengan sebenar-benar iman.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Bahagia menjaga anak istimewa

Posted:

Bahagia menjaga anak istimewa

Bahagia menjaga anak istimewa

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Foto NOOR AZLINA JAAFAR


SAHANA gembira melihat sikap penyayang Ikhwan.


SUKAR bagi sesetengah ibu bapa menerima kenyataan, anak yang dilahirkan cacat mahupun termasuk dalam golongan istimewa.

Akibatnya ada ibu-ibu yang timbul perasaan berang, sedih, kecewa dan terasa dibebani sehingga terpaksa menerima rawatan psikiatri dan psikologi.

Ramai di antara mereka terpaksa berhenti kerja untuk memberi tumpuan kepada anak-anak istimewa sedangkan realiti kehidupan memerlukan ibu dan bapa yang bekerja untuk sumber ekonomi keluarga.

Namun perasaan itu tidak timbul dalam diri Sahana Mohd Amin, 29. Dia tidak pernah merasakan menjaga anaknya yang mengalami masalah saraf sebagai satu beban.

Mengimbas kembali ketika dia disahkan mengandung anak pertama tujuh tahun lalu, Sahana tersenyum lega mendengar ucapan tahniah daripada doktor.

Kelahiran seorang bayi lelaki disambut dalam suasana yang bahagia kerana dia dan suami menyambut kelahiran anak pertama.

"Anak saya menghidap masalah saraf menyebabkan tumbuh besarnya terbantut dan sukar bergerak. Ketika saya bersalin, anak kami lemas dan oksigen tidak sampai ke otaknya menyebabkan sarafnya terganggu.

Namun saya sedikitpun tidak berasa kecewa tetapi saya dan suami bertekad untuk membesarkannya dengan sempurna. Atas nasihat doktor, kami banyak banyak mendapat maklumat dan panduan untuk memberikan penjagaan yang terbaik buat anak kami, Ikhwan," katanya.

Meskipun begitu, Sahana berasa risau dengan sikap pendiam anaknya. Tidak seperti kanak-kanak lain, Ikhwan kurang mahu bermain dan bercakap.

Pada masa yang sama, Ikhwan mempunyai sikap takut terutamanya ketika berada di tempat lain selain daripada rumah.

Keadaan ini menimbulkan kerisauan di hati Sahana kerana dia mahu melihat Ikhwan berdikari dan melakukan aktiviti sama seperti kanak-kanak lain.

"Ketika Ikhwan berusia empat tahun, kami mengambil keputusan untuk menghantarnya ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Ini penting bagi meningkatkan keyakinan diri dan sekali gus mengelakkan Ikhwan berasa terpinggir. Saban hari kami sekeluarga tidak jemu-jemu memberi kata-kata motivasi kepada Ikhwan bahawa dirinya pemberian Tuhan yang istimewa dan penyeri keluarga," tambahnya.

Selain kawan-kawan di PDK yang terletak di Desa Tun Hussein Onn, Jalan Jelatek, Kuala Lumpur, Masa Ikhwan banyak dihabiskan bersama keluarga.

Anak istimewanya itu juga sangat menyayangi adik-adiknya. Ikhwan juga senang bermain di dalam rumah dan mudah mendengar kata.

Pada tahun pertama di PDK, sikap Ikhwan sedikit sebanyak berubah. Ini memberi harapan kepada Sahana untuk melihat anak sulungnya itu berdikari.

Pendiam

"Dulu dia seorang yang pendiam. Sejak masuk ke sini pada umur empat tahun, saya melihat sedikit perubahan pada sikapnya. Dia sudah aktif dan mahu bergaul. Kini pembelajaran Ikhwan lebih bermakna di PDK dengan adanya kemudahan terapi pelbagai pancaindera. Saya dapati perasaan takut Ikhwan sudah tiada dan dia lebih senang bermain dengan kawan-kawan dan adik-adiknya.

Dalam pada masa yang sama, llatihan fisioterapi di PDK banyak memulihkan pergerakan Ikhwan. Dia kini boleh bermain dan berjalan seperti kanak-kanak lain," ujarnya.

Tahun ketiga di PDK lebih bermakna bagi Shana sekeluarga lebih-lebih lagi Ikhwan dapat mencuba kemudahan terapi pelbagai pancaindera.

Bilik terapi ini menyediakan kemudahan rangsangan pancaindera untuk kanak-kanak istimewa yang hilang upaya pembelajaran agar mereka dapat belajar di dalam suasana yang tenang. Bilik-bilik tersebut juga diubahsuai secara spesifik untuk membolehkan pelbagai rangsangan seperti cahaya, warna dan bunyi dapat disampaikan secara efektif kepada pancaindera tertentu.

Seperti ibu bapa lain yang mempunyai anak di PDK, Sahana mengucapkan terima kasih kepada Procter & Gamble Malaysia (P&G) melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya, Open Minds yang menyumbangkan bilik terapi pelbagai pancaindera kepada PDK di seluruh negara.

Bermula sejak tahun 2009, P&G berikrar untuk menyumbang RM1 juta bagi memenuhi keperluan pembelajaran kanak-kanak istimewa di Malaysia.

"Sejak daripada mula lagi, kami menyedari bahawa bukan mudah untuk merealisasikan projek yang sebegini besar dan kami memerlukan rakan yang boleh diharapkan. Oleh itu, kami telah bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan rangkaian PDK-nya yang sedia ada di seluruh negara. Hubungan erat dengan mereka, Yayasan Kebajikan Negara dan juga sokongan padu dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, adalah kunci kejayaan inisiatif ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif P&G Malaysia dan Singapora, Ellie Xie.

Sebuah majlis ringkas untuk meraikan penyerahan bilik terapi pelbagai pancaindera yang ke-50 telah diadakan di PDK Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur baru-baru ini yang dirasmikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Minyak aroma terapi

Posted:

Minyak aroma terapi

Minyak aroma terapi

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Foto Wahidah Zainal


Minyak aroma terapi bertindak efektif ketika melakukan urutan.


RAMAI yang merungut kehangatan hubungan intim semakin lesu apabila usia meningkat

Sekiranya keadaan ini menjadi masalah yang boleh merenggangkan hubungan mesra suami isteri, adakah anda mengambil langkah yang sewajarnya untuk memperbaikinya sebelum terlambat?

Berjalan sambil berpegang tangan, menonton wayang, makan malam romantik yang diterangi cahaya lilin bukan terhad kepada pasangan muda-mudi.

Tetapi, ia juga patut diamalkan oleh pasangan yang telah lama menjalani kehidupan berumah tangga kerana ia boleh merapatkan kemesraan di antara pasangan.

Isyarat dan bahasa tubuh juga boleh digunakan untuk menyampaikan rahsia tersirat kepada pasangan. Cara yang lebih romantik menggunakan minyak aroma juga dapat menambat hati pasangan.

Tumbuhan seperti lavender, mawar, violet, lili dan banyak lagi akan dikeringkan serta ditampal mengikut kategori masing-masing bersama label kecil untuk membezakan antara satu jenis dengan yang lain.

Kini wangian seperti ini hadir dalam pati minyak yang menggabungkan khasiat 100 peratus pati minyak dengan bahan-bahan semula jadi bagi penjagaan holistik untuk merangsang kepekaan deria dan kesihatan kulit.

Dikenali sebagai minyak aroma terapi, ia merupakan rawatan melalui bau yang menggunakan beberapa titisan minyak pati tumbuhan.

Awet muda

Rawatan menggunakan minyak pati tumbuhan tertentu boleh menjadikan seseorang individu awet muda dan melambatkan proses penuaan di samping memberi kesan positif pada emosi dan psikologi mereka.

Terbaru daripada Sun Fabulous Sdn Bhd, minyak aroma terapi, Soulmate khusus untuk mengeratkan hubungan seks suami isteri.

Menurut Eksekutif Penyelidikan Sun Fabulous, Norehan Kasim, lilin vanila yang dinyalakan sebelum melakukan seks dapat mencipta suasana romantik.

Sains pula menunjukkan aroma terapi bekerja dan memberi haruman berbeza di dalam bilik tidur sehingga memberi rangsangan kepada suami atau isteri.

"Justeru memahami keadaan pasangan yang sudah berkahwin dan mengalami pasang surut hubungan seks, kami di Sun Fabulous mencipta formula atau rawatan alternatif menerusi minyak aroma terapi. Syarikat kami mengeluarkan Soulmate khusus untuk lelaki dan wanita yang mempunyai peranan berbeza.

Bagi wanita, minyak aroma dikatakan dapat mengawal perubahan emosi ketika datang haid atau menopaus. Jika wanita yang menopaus digalakkan melakukan terapi pindahan hormon iaitu HRT (Hormone Replacement Therapy) tetapi kami dapat membantu anda hanya dengan minyak aroma terapi. Hanya sapu di bahagian sulit wanita, ia akan merangsang seluruh sistem badan menjadi lebih stabil dan tenang," ujarnya.

Selain itu, Norehan memberitahu, minyak aroma terapi Soulmate ini membantu mengekalkan awet muda dam menganjal kulit wajah.

"Kandungan zat di dalam minyak pati ini akan memasuki ke dalam sistem aliran darah dan bergerak ke organ-organ dalaman kita. Sebahagian besar minyak tersebut mempunyai kebaikan terapeutik dengan organ tertentu atau sistem badan. Sebagai contoh, minyak mawar mampu menyingkirkan kesan tonik pada rahim. Selain itu, zat-zat di dalam minyak tersebut akan bergerak ke uterus dan membantu dalam penyembuhan rahim," tambahnya

Bagi golongan lelaki, aroma terapi Soulmate berfungsi untuk merangsang lelaki dan efektif ketika mengadakan hubungan seks.

Sebagai pengguna minyak aroma terapi ini, Fairos Osman, 43 merasakan perubahan terutama ketika mengadakan hubungan seks bersama isterinya.

"Isteri saya turut merasakan perubahan. Saya lebih bertenaga dan isteri dapat mencapai kepuasan yang sama seperti saya ketika mengadakan hubungan seks. Apa yang paling saya suka ialah minyak ini tidak mempunyai bau yang menyakitkan hidung tatapi aromanya lebih tenang dan romantik. Setiap pagi saya akan menggunakan minyak aroma untuk anti penuaan untuk keanjalan wajah. ramai yang menegur wajah yang kini lebih tegang dan segar," ujar bekas ahli bina badan ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


MPSJ batal tender

Posted:

MPSJ batal tender

MPSJ batal tender

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 Jun - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) digesa supaya memberi penjelasan mengenai pembatalan tender bagi kontrak kerja mengutip sampah di kawasan MPSJ yang telah diperoleh 61 kontraktor bumiputera baru-baru ini.

Ini kerana pembatalan kontrak tersebut tidak dimaklumkan kepada mereka, yang hanya mengetahuinya menerusi lawan web Tender Selangor.

Pembatalan tender itu telah menyebabkan rasa tidak puas di kalangan kontraktor-kontraktor berkenaan, setelah ia ditangguh atas alasan untuk mengasingkan operasi pelupusan sisa pepejal dan pembersihan kawasan di antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Alam Flora.

Salah seorang kontraktor berkenaan, Shaiful Nafis Shariff, 39, ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini hari ini berkata, mereka berharap Abdul Khalid dan MPSJ menjelaskan alasan pembatalan tender tersebut.

"Atas alasan apakah tender itu dibatalkan. Kami ingin tahu siapakah yang memberi arahan kepada MPSJ untuk berbuat demikian.

"Sebelum ini, Menteri Besar memberitahu bahawa tender itu hanya ditangguhkan sahaja, namun keluar di laman web (Tender Selangor) semalam yang mengatakan tender itu dibatalkan pula," katanya.

Sementara itu, dia menggesa supaya pihak berkenaan tampil memberi penjelasan dengan segera atau mereka akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Jika penjelasan tidak diberikan kami akan membuat laporan kepada SPRM untuk melakukan siasatan," tegasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gembira tinggal di PPR

Posted:

Gembira tinggal di PPR

Gembira tinggal di PPR


Foo Ah Choy (dua dari kiri) bersama Pasukan Petugas 1Malaysia MCA Wilayah Persekutuan dan MCA Bahagian Kepong yang melawatnya baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 10 Jun – Seorang pemandu lori sayur, Foo Ah Choy, 53, kini boleh menarik nafas lega setelah berpindah ke rumah baru di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kepong, sejak bulan lalu.

Bukan itu sahaja, rumahnya turut dilengkapi dengan perabot dan peralatan elektrik yang disumbangkan oleh pertubuhan kebajikan dan juga orang perseorangan yang prihatin terhadap keluarga malang itu.

Ah Choy yang tinggal bersama isteri dan enam orang anak mereka berumur antara empat 15 tahun amat gembira atas bantuan dan sumbangan yang diberikan itu, seterusnya memberikan sinar harapan baru terhadap keluarganya.

Katanya, dahulu dia dibebani dengan sewa rumah yang tinggi iaitu sebanyak RM450 sebulan sehingga menyebabkan dia tidak mampu untuk membayar sewa dan terpaksa berpindah.

"Keadaan sekarang bertambah baik, sewa rumah pun lebih murah iaitu RM124 sebulan dan suasana rumah juga lebih selesa dengan perabot dan peralatan elektrik yang disumbangkan.

"Saya amat berterima kasih kepada Pasukan Petugas 1Malaysia MCA Wilayah Persekutuan dan MCA Bahagian Kepong yang banyak membantu sehingga saya mendapat rumah baru," katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui semasa kunjungan Pasukan Petugas 1Malaysia MCA Wilayah Persekutuan dan MCA Bahagian Kepong ke rumah barunya itu di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua pasukan petugas itu, Banie Chin, Ketua Pemuda MCA Bahagian, Alvin Yap Tian Hoi, Timbalan Pengerusi MCA Bahagian, Datuk Ong Teck Eng dan Bendahari pasukan, Tan Kok Eng.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MPK keluar 108 kompaun dalam Ops Kutu Sampah

Posted:

MPK keluar 108 kompaun dalam Ops Kutu Sampah

MPK keluar 108 kompaun dalam Ops Kutu Sampah

KLANG 10 Jun - Dua belas pesalah telah dikompaun dalam Operasi Kutu Sampah yang dijalankan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Pemangku Yang Dipertua MPK, Ikhsan Mukri berkata, sebanyak 108 kompaun dikeluarkan antara Mac hingga Mei dan kebanyakan pesalah terdiri daripada warga asing atas kesalahan membuang sampah merata-rata.

Menurutnya, penguatkuasaan itu bukan sahaja untuk memberi kesedaran malah pada masa yang sama mendidik orang ramai agar menghargai kebersihan setempat.

"Operasi seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kebersihan kawasan setempat berada di tahap memuaskan sepanjang masa.

"Malah operasi ini juga mendapat reaksi positif kalangan penduduk yang memuji langkah Majlis kerana ia memberi impak terutama di kalangan warga asing," katanya ketika turut serta dalam Operasi Kutu Sampah di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Persekitaran MPK, Wan Mohd. Sofian Wan Husain dan Pengarah Penguat Kuasa, Andry Arman Masrom.

Ikhsan berkata, selain penguatkuasaan, MPK juga giat mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak dan agensi untuk mengadakan pelbagai aktiviti berkaitan penjagaan kebersihan, termasuk gotong-royong.

Menurutnya, kutipan sampah bagi tiga bulan pertama tahun ini adalah sebanyak 272 tan metrik dan sehingga Mei, sebanyak 72 program gotong-royong telah diadakan di kawasan bandar diraja itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved