Isnin, 26 Disember 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Sanggup habis RM2,000 sebulan

Posted:

Sanggup habis RM2,000 sebulan

Sanggup habis RM2,000 sebulan


SITI NURHALIZA



WANITA dan kecantikan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Rentetan itu membuatkan wanita di seluruh negara taksub untuk mencari alternatif bagi memastikan diri tampil jelita.

Justeru, tidak hairanlah berikutan obses kepada kecantikan, produk kosmetik menjadi tumpuan utama.

Persoalannya, sejauh mana wanita Malaysia sanggup berbelanja besar bagi tujuan itu dan apa pandangan mereka terhadap produk kosmetik.

Ikuti laporan wartawan Utusan Malaysia, FAZRINA AYU RADUIAN dan jurugambar, MUHAMAD IQBAL ROSLI mengenai isu produk kosmetik berkenaan.

KUALA LUMPUR 25 Dis. - Demi untuk tampil cantik, wanita Malaysia dikatakan sanggup berhabis sehingga RM2,000 setiap bulan semata-mata untuk membeli produk kosmetik pelbagai jenama yang terdapat di pasaran.

Jika tidak, masakan rakyat negara ini diunjur sanggup berbelanja sehingga AS$1.1 bilion (RM3.42 bilion) tahun lalu hanya untuk membeli produk kosmetik dan kecantikan.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Kuala Lumpur mendapati, kebanyakan wanita berumur 18 hingga 30 tahun yang ditemui, pasti memakai produk kosmetik sekurang-kurangnya bahan asas seperti bedak kompak, gincu, pembayang mata atau pemerah pipi.

Perbelanjaan ini tidak mencakupi perbelanjaan lain seperti pakaian, produk penjagaan kulit, rambut dan penjagaan kesihatan.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Full content generated by Get Full RSS.

Raih RM4.73b pelaburan asing

Posted:

Raih RM4.73b pelaburan asing

Raih RM4.73b pelaburan asing

Oleh AINSAFRE BIDIN
pengarang@utusan.com.my


Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bersama ahli-ahli Jawatankuasa Gerak Kerja Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Umum Ke-13 pada pelancaran jentera itu bagi peringkat Parlimen Bagan Datoh, semalam.


HUTAN MELINTANG 25 Dis. – Pusat industri pertahanan pertama negara yang akan dibangunkan di Sungkai dekat Tanjung Malim pada suku pertama tahun depan berjaya menarik pelaburan asing sebanyak RM4.73 bilion bagi pembangunan infrastruktur dan modal awal setakat ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelaburan itu diterima daripada 25 syarikat pertahanan yang terdiri daripada 15 syarikat dari Eropah, lapan dari Amerika Syarikat dan Amerika Utara serta dua dari Korea Selatan.

Beliau berkata, pihak kementerian turut menerima tawaran daripada beberapa buah syarikat dari China dan India yang berminat melabur dalam projek tersebut.

''Di antaranya, tiga buah syarikat dari China. Ada juga syarikat dari India yang berminat melabur dalam industri hiliran untuk aeroangkasa," katanya kepada Utusan Malaysia selepas melancarkan Jentera Gerak Kerja Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Umum Ke-13 di Peringkat Parlimen Bagan Datoh di sini, semalam.

Beliau mengulas perkembangan terkini industri pertahanan pertama negara yang bakal dibangunkan di Sungkai pada tahun depan.

Kerajaan sebelum ini yakin pusat industri pertahanan itu mampu meraih pelaburan bernilai RM15.3 bilion dalam masa lima tahun selepas ia mula beroperasi pada 2014.

Ahmad Zahid juga menyeru syarikat tempatan tidak melepaskan peluang untuk menyertai projek pusat industri pertahanan negara itu.

''Kerajaan membuka peluang kepada mana-mana syarikat tempatan yang berminat menyertai projek tersebut. Mereka boleh mendaftar dengan Kementerian Pertahanan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kerajaan Pas Kedah tetap berkeras

Posted:

Kerajaan Pas Kedah tetap berkeras

Kerajaan Pas Kedah tetap berkeras

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

PENDANG 25 Dis. – Kerajaan Pas Kedah tetap dengan keputusan untuk merobohkan Madrasah Salihiah di Alor Setar meskipun terdapat cadangan agar dilakukan pengubahsuaian terhadap pelan pembinaan kompleks membeli belah yang akan menjejaskan madrasah berusia lebih 100 tahun itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, selaku graduan lulusan Universiti Al-Azhar, beliau tahu mengenai hukum hakam dan keputusan untuk membenarkan pengambilan tapak serta bangunan madrasah berstatus wakaf khas berkenaan dibuat hanya selepas mendapat kelulusan Majlis Fatwa Negeri.

Menurutnya, pihak luar termasuk Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir tidak perlu campur tangan dalam perkara tersebut kerana soal mengubah pelan projek pembinaan kompleks membeli belah berkenaan adalah urusan kerajaan negeri.

"Mukhriz nak kacau apa, kita tengah bincang dah sekarang. Tunggu dia jadi menteri besar esok, dia cakap. Sekarang biar saya selesaikan masalah itu," katanya ketika ditemui pemberita di Titi Akar, di sini semalam.

Beliau ditanya mengenai cadangan Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Kedah agar kerajaan negeri menggunakan kuasanya untuk berbincang dengan syarikat pemaju bagi memulihara tanah wakaf yang berkeluasan 0.08 hektar itu.

Menurut Ahli Parlimen Jerlun itu, di kebanyakan tempat lain termasuk di Kuala Lumpur, pembinaan kompleks membeli-belah terpaksa diubah suai pelannya untuk memastikan rumah ibadat tidak diusik.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk jawatankuasa madrasah mengecam tindakan kerajaan negeri yang membenarkan madrasah itu dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah kompleks membeli-belah.

Azizan mendakwa, sokongan pemimpin UMNO terhadap usaha mempertahankan kewujudan madrasah itu bermotifkan politik kerana mereka ketandusan isu untuk dimainkan di negeri ini.

Katanya, isu mengenai Madrasah Salihiah adalah perkara kecil dan orang ramai sudah tidak berminat dengannya berbanding isu lain di peringkat nasional yang lebih besar.

"Cari publisiti lain untuk politik, banyak lagi isu lain. Ini hanya perkara kecil, dia hanya mahu tarik perhatian. Orang pun dah tak berminat," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved