Khamis, 27 Oktober 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


FAM pertahan naik harga tiket

Posted:

FAM pertahan naik harga tiket

FAM pertahan naik harga tiket

KUALA LUMPUR 26 Okt. — Sekalipun berdepan dengan banyak bantahan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak berganjak daripada keputusannya menetapkan harga tiket RM50 bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad (gambar) berkata pihaknya tidak bercadang menurunkan harga tiket kerana selepas kajian, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan mendapati harga tiket itu adalah wajar. "Harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium, keselamatan dan beberapa faktor lain," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Para penyokong kedua-dua pasukan turut membantah harga tiket itu bagi semua tempat duduk stadium.

Beliau berkata Malaysia adalah sebuah negara demokrasi di mana penyokong bebas memilih untuk memulau perlawanan akhir nanti dan FAM tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menyekat keputusan mereka itu.

Mengulas permintaan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek supaya FAM mengkaji semula harga tiket tersebut, beliau berkata FAM menghormati permintaan itu namun FAM tidak akan berganjak dari keputusan asal.

Ketika menggesa demikian semalam, Ahmad Shabery berkata harga tiket itu membebankan peminat dan rakyat.

Sementara itu, Kelab penyokong Bola Sepak Terengganu (Peteh) turut membidas kenaikan harga tiket secara mendadak itu.

Setiusaha Peteh, Wan Mohd Azmi Wan Ngah, berkata tindakan FAM disifatkan tidak profesional dan menyentap semangat penonton yang datang dari jauh bagi menyokong pasukan kesayangan.

"Rata-rata penyokong bukannya dari golongan berada dan RM50 adalah jumlah yang besar buat kami," kata beliau.

Wan Mohd Azmi turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu kerana prihatin memberi subsidi 30,000 tiket dengan harga RM25, namun jumlah tersebut masih belum mencukupi.

Semalam sekumpulan penyokong pasukan Negeri Sembulan mengadakan bantahan secara aman di hadapan Wisma Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) serta mengedarkan risalah kepada penyokong lain supaya memboikot penjualan tiket perlawanan akhir itu.

Timbalan Kelab e-penyokong bola sepak Negeri Sembilan (n9futbol.com), Mohd Faidzul Mohd Noh berkata pihaknya bersepakat dengan Kelab Penyokong Ganusoccer.net bagi memulau perlawanan Sabtu ini dengan hanya berada di luar stadium. Pada musim lepas, harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia dijual pada harga RM30 untuk tempat duduk biasa dan RM50 bagi tempat duduk grandstand. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Yakin transformasi kerajaan

Posted:

Yakin transformasi kerajaan

Yakin transformasi kerajaan

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my


Najib Tun Razak bersama Muhyiddin Yassin dan Palanivel serta para pemimpin parti komponen Barisan Nasional menunjukkan isyarat 1Malaysia pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali MIC di Batu Caves, semalam.


KUALA LUMPUR 26 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru seluruh masyarakat India supaya terus menaruh keyakinan dan kepercayaan kepada kerajaan kerana transformasi yang dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri berkata, sempena sambutan Deepavali, sokongan dan keyakinan masyarakat India terhadap transformasi kerajaan akan menjadi 'cahaya mengatasi kegelapan' kepada kaum tersebut, sama seperti maksud Deepavali.

"Selamat menyambut hari kemenangan kerana bagi masyarakat India, Deepavali ini bererti cahaya mengatasi kegelapan. Semoga perayaan tahun ini juga terus memberi 'nambikei' (keyakinan) kepada masyarakat India untuk menyokong kerajaan.

''Kalau kita menyokong transformasi negara yang diperjuangkan oleh kerajaan, ia juga bererti kegelapan akan diganti dengan cahaya," katanya ketika hadir pada majlis Rumah Terbuka Deepavali di Batu Caves di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden MIC, Datuk Datuk G. Palanivel; bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu, beberapa menteri Kabinet serta pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).

Pada majlis tersebut, lebih 10,000 tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum termasuk para pelancong asing hadir, sekali gus memperlihat kerukunan hidup masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Dalam pada itu, Najib berkata, beliau gembira melihat kemeriahan Deepavali kali ini kerana sejak awal-awal pagi lagi, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan warna kulit boleh berkumpul bersama dalam suasana yang cukup harmoni.

Tambahnya, keharmonian serta kerukunan hidup masyarakat Malaysia di bawah pemerintahan kerajaan yang ada pada hari ini, merupakan satu keunikan serta nikmat yang jarang-jarang dapat dirasai oleh negara lain di dunia ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Deepavali dirai dengan semangat keharmonian

Posted:

Deepavali dirai dengan semangat keharmonian

Deepavali dirai dengan semangat keharmonian

KUALA LUMPUR 26 Okt. — Sambutan Deepavali hari ini diraikan di seluruh negara dengan semangat keharmonian yang terus subur di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Di SHAH ALAM, perayaan Deepavali disambut secara sederhana dan penganut Hindu mengunjungi kuil di sekitar bandar raya ini dan Klang untuk bersembahyang.

Di MELAKA, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan ratusan tetamu lain turut memeriahkan majlis rumah terbuka Deepavali anjuran Pengerusi MIC negeri Datuk R.Perumal, yang juga Exco kerajaan negeri, di kediamannya di Taman Selandar Baru, Jasin.

Di ALOR SETAR, kemeriahan Deepavali amat dirasai penganut agama Hindu di Daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Pendang dan Pokok Sena berbanding tahun lepas di mana mereka terpaksa menyambut dalam keadaan banjir teruk yang melanda kawasan terbabit.

Sejak pagi, kuil-kuil di sini dikunjungi masyarakat India yang bersembahyang sebelum meneruskan aktiviti mengunjungi sanak-saudara dan rakan-rakan.

Di KUALA KRAI, perayaan Deepavali yang disambut kira-kira 5,000 masyarakat India di Kelantan dimulai dengan upacara mandi minyak di sebelah pagi sebelum mengunjungi kuil untuk bersembahyang.

Pengerusi MIC Kelantan, M.Kuppusamy berkata, sebanyak 350 hamper turut diedarkan kepada masyarakat India kurang berkemampuan yang tinggal di kawasan pedalaman Kuala Krai.

Di PULAU PINANG, selain meraikan Deepavali, cuaca baik di negeri itu dimanfaatkan oleh orang ramai untuk bersiar-siar di beberapa tempat peranginan seperti Bukit Bendera dan Batu Feringghi selain membeli-belah.

Di PERLIS, Deepavali disambut secara sederhana tanpa sebarang rumah terbuka namun tradisi mengunjungi rakan-rakan dan sanak-saudara tetap berlangsung. - BERNAMA

Sementara itu, di KUCHING, perayaan Deepavali diraikan secara sederhana di sebalik desakan oleh masyarakat India di negeri ini memohon hari Pesta Cahaya itu diwartakan sebagai cuti umum di Sarawak.

Presiden Wanita India Sarawak Lucy Lingam berkata perkara itu telah dikemukakan kepada kerajaan negeri sejak 1988 ketika beliau aktif dalam kegiatan pertubuhan bukan kerajaan.

"Adalah wajar untuk mengisytiharkan Deepavali sebagai cuti umum bagi merapatkan hubungan dan nilai kekeluargaan.

"Pada masa ini, mereka yang meraikan perayaan ini perlu membuat rayuan dan memohon kepada jabatan masing-masing bahawa mereka beragama Hindu dan layak mendapat cuti tanpa rekod," katanya selepas menerima kunjungan Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah pada Rumah Terbuka Deepavali yang diadakannya di sini.

Lucy, yang juga Pengerusi Biro Hal Ehwal India Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Batu Lintang, berkata pada masa ini tiada penyelarasan kerana daripada segi pentadbiran dan komersil peringkat agensi persekutuan dan bank di Semenanjung dan Sabah ditutup pada hari berkenaan.

Ini, katanya bercanggah dengan konsep IMalaysia.

Pada masa ini, terdapat kira-kira 7,000 masyarakat India, kebanyakannya beragama Hindu, menetap di Sarawak. — BERNAMA.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved